Rabu, 30 Oktober 2019

Marvel Exhibition Malaysia 2019

28 Jun - 27 Oktober 2019, Marvel Studios : Ten Years of Heroes Exhibition telah diadakan di Level 10, Pavillion Elite, Kuala Lumpur.

Okay walaupun exhibition dah tamat, saya nak share pengalaman masuk ke dalam tu. So far, menarik juga sebab boleh tengok original props. Bukan senang nak tengok secara live barang-barang ni. Untuk peminat Marvel, memang big achievement la kiranya. Haha. My favorite character, Dr. Strange. Costume memang terbaik. Props Mjolnir dan Stormbreaker also very solid. Then, ambience menarik. Contohnya bila masuk zon Thor, terus rasa macam berada di alam Thor.

Tapi ada certain perkara yang boleh ditambah baik lagi la. Satu, we want more! Ada characters Avengers yang tak ada, such as Hulk. Lepas tu, barang pameran tak banyak sangat. But still okay la. Then, merchandise too pricy sebab banyak yang limited edition. Maka saya tak membeli apa-apa merchendise pun kat sana. Thanks to Miniso X Marvel kerana saya ada membeli souvenirs Marvel untuk my friends.

Okay. Saya share gambar-gambar masa kat pameran.

Ni bergambar masa di luar Pavillion. Luckily masa ni cuaca baik ♡

Nak naik ke Level 10. Lif pun ada poster Marvel. Menarik.

Tengah berbaris nak redeem tiket. By the way, di kaunter ni boleh add on buat kad Avengers untuk kenang-kenangan. Me and my friend of course buat punya.

Masa mula-mula masuk, pengunjung diperkenalkan dengan background Marvel dan history of cerita-cerita Marvel particularly Avengers.

-
-
-

Pameran dipisahkan mengikut karakter. Ini zon Ironman. Ada beberapa props lagi sebenarnya but this one paling best.

Zon Ironman



Zon Captain America


-
-
-

Zon Thor

Ingat tak background belakang tu?

Mjolnir

Stormbreaker

Ada lightning effect lagi. Pretty cool!

Loki's Chitauri Scepter

-
-
-

Zon Dr. Strange


Eye of Agamotto

My favorite costume.

-
-
-

Zon Guardians of Galaxy

Gamora's sword

Star Lord's

-
-
-

Zon Black Panther



-
-
-

Zon Ant Man


Cuba fokus kat atas Pym Tech Lab. Antman and Wasp?

-
-
-

Zon Captain Marvel




Zon cerita Infinity Stones



This one focus on koleksi The Collector. 


-
-
-

Okay. Selepas habis exhibition, boleh tengok machandise yang dijual.

Ini yang paling menarik antara semua. This one limited edition ada sign oleh Stan Lee. Ada satu lagi sign by Tun M.

-
-
-

Last sekali kami collect kad Avengers kami. ♡


P/S - Next, DC maybe??

Isnin, 28 Oktober 2019

Periuk Elektrik Mini Non-Stick

Salah satu hadiah birthday saya dapat tahun ni ialah periuk elektrik non-stick bersaiz kecil. Memang masuk dalam wishlist sebenarnya 🤣. Tiba-tiba dapat masa birthday pula. Terima kasih kepada yang menghadiahkan.

Okay... nak bagitau yang periuk ni memang praktikal, terutama kalau hari tu nak masak menu yang simple. Nak masak nasi putih, sup, nak steam pau ke... semua boleh. 

Tak perlu pakai dapur gas. Hanya sambungkan elektrik dan selamat memasak. Lagipun, periuk ni ringan dan bersaiz kecil. Kalau nak bawa ke luar negara kiranya senang jugalah. 

First time cuba periuk elektrik non-stick ni. Saya nak masak ala nasi goreng tapi tak gunakan minyak masak. 

Power level ada dua, level I untuk api kecil/sederhana dan level II untuk api kuat. 

Saya gunakan api level I sahaja. Mula-mula saya masak nasi (macam kita selalu masak guna periuk nasi). Bila nasi dah masak, saya masukkan segala rempah ratus, ikan bilis, sayur-sayuran, telur etc.

Dan inilah hasilnya. Taaadaa. Macam nasi goreng juga. 

Periuk ni non-stick, maknanya memang tak melekat la. Mudah dicuci. Masa cuci tu make sure tak kena di tempat plug in cable tu. Nanti rosak pula.

Saya suka periuk ni. Kecil, mudah digunakan dan senang untuk dibersihkan. Kalau nak beli boleh cari kat dalam Shoppe atau Lazada. 

Periuk ni datang sekali dengan tempat steam dan peralatan seperti senduk sup, senduk nasi, chopstick dan mangkuk. 

Nak steam pau pun boleh. Sangat senang untuk digunakan. 👍 

Khamis, 10 Oktober 2019

More and More Cakes

Kalau dulu masa birthday mesti excited. Dapat hadiah... dapat kek etc. Sekarang ni umur dah tua... birthday pun malas nak peduli. Dengan kerja lagi. Birthday pun jatuh pada bulan September, bulan paling sibuk sebab masa tu la students mendaftar, check-in kolej kediaman etc.

Apa-apapun, everytime tiba ulang tahun kelahiran saya... rasa sangat istimewa. Even dalam FB pun tak ada mentioned when is my birthday, tapi family dan rakan-rakan still wish happy birthday to me ^^♡.  Nak ucapkan terima kasih dan I love my family and friends soooo much. ♡♡♡

This year memang dapat banyak surprise cake.


Mula-mula dapat surprise from my BFF, Kak DK and Dewi. Yang ni memang tak dijangka. Suddenly ada keluar lagu birthday dan muncul la kek yang comel ni. Segan weh... dah tua macam ni pun kena sambut birthday lagi. Hahaha.

By the way, thank you so much. Kek Secret Recipe confirm sedap.

Me with my besties.

-
-
-
-
-

Dah sampai office, buat kerja seperti biasa. Ni pun sama gak. Memang tak dijangka. Tiba-tiba lampu office sebelah depan padam. Tapi tak peduli sangat la. Rupanya nak bagi surprise. Hahaha. This one from my officemates yang cool. Thank youuu so much. ♡♡


Me with my office-mates. Birthday adalah Hari Kek Sedunia.

This one saja nak share (selingan). Patung miaw yang comel ni kami dapat dari permainan telur. Sayangnya tak ada warna macam kucing saya Moon Moon dan Si Cici. But still kawaii.

-
-
-
-
-
-

Okay. Yang ni actually birthday surprise dari COACH. Sebenarnya saya kena call sebab mereka cakap nak bagi voucher sempena birthday. So set appoinment datang pada hari Sabtu. Tapi tak sangka pula dapat kek sekali. Tengah try kasut... suddenly ada lagu happy birthday. Memang meriah sebab semua staf COACH berkumpul amd celebrate my birthday together.

Dapat surprise cake. Yeay!

♡♡♡

Thank you COACH IMAGO. Me with my friends ♡

Dapat cake. ♡

And gifts from COACH. 

After COACH, makan kat Madam Kwan. And thanks kepada yang belanja makan sempena birthday ♡

That day memang had lots of fun. Main game, pergi kawaii photoshoot etc etc etc.  

-
-
-
-
-

Cerita birthday bersambung lagi di minggu hadapannya. This time my BFFs belanja makan. Sangat sedap dan terima kasih ♡ Siapa tak happy kalau kena belanja. Hehe.


Besides that, saya juga terima banyak hadiah. Especially from my husband of course (and birthday celebration sekali), my mentor Prof Shahril, Nazry, Illani, Dewi, Erneh, Isma, Kak DK and Fieza. Juga dapat banyak wishes dari rakan-rakan yang jauh dan dekat. My mum, my officemates, Dr. Rujhan, my astronomy friend etc. Thank you so much for the wishes ♡

Love you all !

Jumaat, 4 Oktober 2019

Pending Itineraries

Bila saya tengok balik blog saya... rupanya cerita bulan September sangatlah kurang. Memandangkan saya dah berpindah ke jabatan yang mengurus hospitaliti pelajar dan bulan September adalah bulan pendaftaran pelajar... jadi waktu tu chaotic la jawabnya.

By the way, itineraries saya untuk tahun hadapan semuanya masih tak siap lagi. Nampak macam senang nak buat jadual travel ni, tapi sebenarnya banyak research kena buat. Tempat-tempat yang menarik, anggaran bajet transport... MRT, bus etc... then macam saya... kena cari lokasi restoran yang halal or Muslim friendly... convenience store pun mesti kena ada juga. Banyak kena fikir ooo. Memandangkan saya lagi jenis suka buat itinerary yang terperinci, jadi lagi la banyak nak kena research. Untuk kesenangan masa travel nanti. Saya juga suka pergi ke tempat yang pelancong lain jarang pergi, maksudnya hidden gems di suatu tempat tu. Saja nak bagi perjalanan menarik skit.

Okay, tahun ni suppose dah tak ada fly ke luar negara. Oleh kerana tiba-tiba ada last minute decision... means saya akan terbang lagi la jawabnya dalam masa terdekat ni. Hopefully semuanya berjalan lancar. But this time more to leisure punya trip berbanding sebelum ni. Tapi yang saya betul-betul perlu sekarang ialah travel backpack, yang besar dan ringan. Mulanya nak beli TNF, then kecewa kerana overpriced tapi beg punyalah berat. Nanti kalau ada isi pakaian lagi la berat. Apa punya beg la.... Tak convenience. Another brand is Salomon, memang minat dengan beg tu. Menepati standard yang saya nak. Hahaha. But the price is RM600+... what the...! So... still searching for the right backpack.

.....

Gambar Bulan Semasa Jerebu

Alhamdulillah... sekarang jerebu dah makin berkurang kerana kebakaran di Kalimantan semakin reda. Sebenarnya saya ambil gambar bulan ni semasa musim jerebu hari tu. Hari ni baru la nak upload dalam blog. Nak share saja...

Cetanya begini. Malam tu rasa nak pergi meneropong bulan. Lagipun kebetulan bulan masa tu boleh nampak dari balkoni belakang. Jadi tak perlu saya keluar rumah lagi. Leceh nak mengangkut teleskop yang agak berat + nanti kucing pun ikut keluar, lepas tu payah nak tangkap suruh masuk balik. Okay. Malam tu bulan tak berapa clear disebabkan jerebu! Pada mulanya ingat sebab awan... Bila tengok betul-betul, rupa-rupanya jerebu. 

Nak tunggu langit clear memang susah skit la. Cuba nasib saja. Bila amik gambar, semua gambar pun tak nice. Hasil pada malam tu:

Raw picture. Bulan tak clear.

Jerebu. Bulan pun nampak color lain dari biasa.

Gambar zoom out

-
-
-
-
-


Dalam dua jam juga la saya habiskan masa meneropong bulan. Akhirnya dapat satu dua gambar yang clear skit. Sharpen photo.