Selasa, 3 Julai 2018

Raya di Office

Actually gambar ni diambil semasa empat hari selepas raya pertama, dikala orang lain masih sibuk beraya. Kami pula tak amik cuti sebab masa ni la paling seronok buat kerja (tak ramai orang di office, parking pun banyak kosong, jalan tak sesak). 

Rasanya tak terlewat lagi nak upload. Raya kan sebulan. Hehe... 

Memandangkan keadaan office terlalu sunyi... jadi kami pun berhasrat untuk buat jamuan raya kecil-kecilan secara potluck. Sebenarnya empat orang saja pun. Antara juadah yang menjadi pilihan adalah ayam masak merah, ayam masak serai, daging rendang, sayur goreng, jeruk, popia kecil, agar-agar kering, biskut kacang keping dan air soda. Barulah feeling raya!

Juadah raya di pejabat. Orangnya sikit tapi makanan banyak. Tak habis boleh bawa balik :b

Sempat lagi posing. Hahaha.

Rasanya dah beberapa tahun saya tak amik cuti raya panjang. Maklumlah. Tiap kali raya menjelang... tak ada mood nak raya. Tak tau kenapa. 

Mudah-mudahan tahun 2019 nanti feeling raya tu seronok skit. 😁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!