Jumaat, 6 Julai 2018

Lemon untuk Hilangkan Bau Badan

Pernah tak anda mengalami masalah bau badan? Bau badan ni banyak faktornya. Misalnya kalau nak period atau tengah period kadang-kala menyebabkan bau badan. Then... kalau makan terlalu banyak rempah atau bawang, berpeluh selepas workout dan berpeluh kerana stress pun boleh menjadikan badan berbau kurang menyenangkan.

Bau badan amat menganggu. Dah sapu banyak deodorant pun still bau lagi. Tentu rasa tak best kan. Jangan risau. Ada cara mudah untuk menghilangkan bau badan. 

Caranya adalah dengan meminum air lemon. Actually kalau nak gantikan dengan air limau kasturi atau limau kapas pun boleh juga tapi di sini saya share dengan meminum air lemon. 

Mula-mula potongkan sedikit lemon dan perah jus ke dalam gelas. Kemudian campur dengan air putih dan boleh minum pada waktu siang sebelum makan dan malam sebelum tidur. Tak perlu campurkan gula (untuk kesihatan). Nak menjadikan air lemon lebih menyegarkan? Campurkan bersama air putih yang sejuk atau masukkan beberapa ketul kiub ais. 

Kalau tak nak minum... jus lemon juga boleh digunakan semasa mandi. Gunakan selepas dah bilas badan menggunakan sabun. Gosok jus lemon di tempat seperti ketiak dan belakang leher. Kemudian biarkan selama beberapa minit dan bilas kembali menggunakan air. 

InShaaAllah bau badan akan hilang selepas mengamalkan meminum jus lemon :-)

Lemon yang dipetik dari dusun buah-buahan di kampung. Sebiji lemon sekarang berharga RM1 lebih sehingga RM2. Agak mahal juga. Kalau tak nak guna lemon boleh digantikan dengan limau.

Satu gelas pada waktu pagi dan satu gelas lagi pada waktu malam sebelum tidur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!