Selasa, 12 Jun 2018

Suka Guna Inai Mekah

Sekarang ni ada banyak jenis inai yang dijual. Ada yang dalam bentuk serbuk, tiub, liquid... dalam bentuk nail polish pun ada juga. Selain itu, pelbagai warna available seperti pink dan red chilli. Memang cantik kalau pakai di kuku. 

Walau bagaimanapun, saya lebih selesa menggunakan inai Mekah jenama Rani. Memandangkan stok inai ni masih banyak (masa my dad pergi umrah dulu), jadi saya tak perlu dah beli inai baharu lagi. Inai Mekah ni walaupun dah simpan lama tetap boleh digunakan. Takkan expired. Jadi berbaloi jugalah kalau beli banyak. Kalau dulu harga skotak besar (mengandungi 12 tiub) dijual dalam harga RM38. Sekarang ni tak tau dah berapa harga. Dah naik kot. 

Inai bukan sahaja menguatkan kuku malah mencantikkan juga.

Ini adalah inai Mekah jenama Rani. Dalam bentuk tiub. Kecil, tapi satu tiub boleh digunakan sebanyak beberapa kali. 

Hasil inai Mekah yang digunakan di jari kaki. Yang ni saya buat double layer (30 minit). Ada comot sikit tapi nanti akan hilang juga. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik boleh try kaedah ini: 

  1. Buffer kuku terlebih dahulu agar kuku nampak berkilat.
  2. Sapukan inai Mekah dengan berhati-hati. Inai sedikit demi sedikit agar rata. Masa menginai tu kalau ada yang terkeluar dari garisan kuku, cepat-cepat lap guna cotton bud atau pencungkil gigi. Kalau tak nanti akan nampak comot.
  3. Kalau nak lebih merah, boleh tunggu lama sikit. 30 minit dah mencukupi.
  4. Basuh dan lap kuku agar untuk mengelakkan sebarang sisa inai tertinggal.
  5. Sekiranya nampak inai tak terang atau tak rata, boleh inai sekali lagi. 
  6. Sapukan serum atau minyak Vitamin E (khas untuk kuku) agar kuku nampak berkilat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!