Khamis, 7 Jun 2018

Pen Jenama Top Secret, Terbaik!

Kalau bab pen... saya suka pen yang slim sebab senang nak pegang atau simpan dalam dompet. Then kalau tulis di kertas, rasa smooth saja masa menulis tu. Bab harga? Kalau ada harga yang murah lagi bagus sebab pen saya selalu hilang. Yalah. Dah bawa ke sana ke mari... lepas tu lupa mana letak. Rugi beli pen mahal kalau selalu hilang nih.

Okay. Ada satu jenama pen yang memang menjadi pilihan saya. Top Secret. Untuk mendapatkan pen ini boleh ke kedai buku Popular. Harga untuk sebatang pem rasanya dalam RM1.90 macam tu kot. Tak ingat. Ada satu rak khas untuk menjual produk Top Secret sahaja. Trademark color adalah hitam putih.

Ni la pen kegemaran saya. Slim, dakwat tak ada tersekat-sekat. Ada dijual dalam dua warna. Pen biru dan hitam. Selain pen, jenama Top Secret ada juga mengeluarkan produk lain seperti fail dan buku nota. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!