Jumaat, 4 Mei 2018

Short Trip to Kuching, Sarawak 2018

Macam mana boleh tiba-tiba ke Sarawak? Macam ni ceta sebenarnya. Kawan saya nak belikan tiket untuk anak buah dia. Maklumlah belajar di Sarawak. Nak balik KK sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Ntah macam mana... kawan saya pergi beli tiket atas nama sendiri (dah sedia save dalam sistem).

Oleh kerana tiket hanya boleh ubah tarikh dan masa, nak tak nak kena pergi Kuching juga. Kalau tak... rugi pula. Jadi saya pun temanlah kawan saya ni ke Kuching. Tarikh yang sesuai adalah 21-23 April 2018.

Kami amik flight petang memandangkan pagi sampai tengah hari... saya ada kelas. Pada mulanya nak sewa keta semasa di Kuching. Tapi rupanya hotel yang kitaorang menginap ni tak ada tempat parking. Jadi naik Grab car pun okay juga.

Setibanya di Kuching, kami terus pergi check in hotel. Kali ni menginap di Imperial Riverbank Hotel. Terletak betul-betul di Waterfront.

Untuk dua malam.... harga dalam RM330+ termasuk breakfast. Bilik memang luas dan yang penting selesa.

Tandas pun bersih dan ada hot shower. Berbaloi menginap di sini.
-
-
-
-
-
-
Selepas check-in hotel... kami terus ke Sarawak Plaza sebab nak pergi beli seluar sukan saiz besar di Lea Centre. Kalau di KK.. kedai baju sukan plus size untuk lelaki ni payah sikit nak cari... terutama saiz 3XL ke atas. Kat Lea Centre memang ada punyalah. Saiz 4XL atau 5XL pun ada. 

Lepas tu kami terus jalan-jalan di Water Front. Sambil makan nasi goreng ikan terubok, sambil melihat pemandangan Sungai Rajang. Then terus naik ke Jambatan Darul Hana yang baru siap tahun lepas. 

Jambatan ni kalau ramai orang di atas tu lalu lalang... boleh goyang juga. Pada mulanya saya ingat saya yang pening. Pas tu kawan saya pun sama jugak pening kepala. Rupanya jambatan tu yang bergoyang. 



Bandaraya Kuching memang dah banyak perubahan berbanding masa saya belajar kat sini dulu. Masa tu tahun 2005-2008. Sekarang ni dah ada bas awam yang lebih moden, India Street pun dah cantik. Kuching juga dah ada banyak shopping complex baharu. Dan yang paling best... sini ada Subway.
-
-
-
-
-
-
Hari kedua. Santai berjalan-jalan di sekitar kawasan bandar. Mula-mula pergi India Street sebab nak mencari topi. Punyalah panas masa tu. Saya pun lupa bawa topi juga. Dah penuh topi kat rumah. Apa tidak... asal jalan...beli topi. Heissshhhh.

Dah tu pergi Jambatan Darul Hana lagi sebab nak try view pada waktu siang pula. Ingat nak masuk ke Dewan Undangan Negeri tu tapi tak boleh pula. Ada pagar. 

Amik gambar dengan Dewan Undangan Negeri ni pun cukuplah.

Masjid Terapung on the go.

Oleh kerana malas nak jalan kaki balik ke seberang... kami pun menaiki bot yang ada di sana. Panggil saja orang tu (macam panggil teksi). Lepas tu orang tu akan bawa ke seberang. Tambang... sebenarnya tak sure berapa tambang sebab orang tu tak pula bagitau berapa. Tapi agak-agak dalam RM1 sorang. Kalau dulu 50 sen tapi macam tak berbaloi kalau 50 sen sekarang ni.


Pada masa yang sama ada pelancong yang turut serta dalam bot ni juga. Kena video pula pakcik tu.
-
-
-
-
-
-
State museum tengah kena renovate buat masa ni. Jadi tanpa membuang masa, kami terus menuju ke Cat Museum. 


Cat Museum terletak di dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuching. Masuk adalah percuma. Tapi kalau nak ambil gambar atau video menggunakan kamera telefon... cas bayaran adalah RM3. Kalau guna kamera DSLR pula RM4. Lepas tu akan diberi pelekat untuk dilekatkan di belakang telefon. Kamera atau telefon lain yang tak register perlu ditinggalkan di kaunter. 



My favorite. Black cat ♡

Lepas tu kami ke Aeon Mall yang baru sahaja dibuka pada 20 April lalu. Punyalah ramai orang. Tak tau nak makan kat mana. Lastly makan di Secret Recipe.

Tak puas lagi jalan, kami ke Megamall pula nak pergi GSC tengok wayang The Avengers Infinity War. Nantikan sequel di tahun hadapan!


Lewat petang tu kami turun kat India Street lagi. Nak pergi mencari souvenirs. Tapi rupanya dah tutup. Hari Ahad tutup awal kot. Tak ingat dah. Tak apa... esok pagi buka awal. Boleh singgah lagi.

Sekarang area Waterfront dah meriah. Ramai orang buka booth jualan... ada orang menyanyi dan beriadah. Seronok. Pemandangan di sini pun cantik.

Malam tu adalah fullmoon. Masa dah masuk Maghrib tu, nampak bulan baru nak naik. Cantik sangat dan nampak besar.

Pemandangan sunset yang cantik.

Malam pula cari makan di restoran dalam Riverside Plaza. Kalau dulu tak silap nama tempat ni adalah Crowne Plaza sebab ada hotel Crowne di sebelah tu. Tapi sekarang dah tukar nama dah.

Jangan lupa ambil gambar iconic statue ni.♡
-
-
-
-
-
Day 3. Tak ada apa sangat. Pagi tu dalam jam 9AM pergi India Street saja nak tengok-tengok. Pas tu singgah di Merdeka Mall sambil minum Starbucks. Teringin nak minum fresh brew tea. Dikala hari yang panas... minum teh ais memang best.


Tengah hari tu packing barang dan sedia untuk gerak ke airport. Jangan lupa beli kek lapis Sarawak. Cari yang betul-betul moist. Saya pilih kek lapis Mira. Beli skit untuk bawa balik ke KK. Boleh makan kat office dengan kawan-kawan yang lain.
Kalau nak cari tempat makan yang banyak di airport... boleh cari masa dah masuk ke departure hall. Kat luar ada juga tapi tak banyak pilihan. Oh ya. Boleh try gelato made in Sarawak ni juga. Sedap juga double choc ni.

Next time nak pergi Sarawak lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!