Jumaat, 18 Mei 2018

Puasa dan Sedikit Relax

Kini tiba lagi saat dimana semua umat Islam di dunia menyambut bulan Ramadan yang mulia ini. Disinilah orang berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah kerana pahala yang diperolehi berlipat ganda.

Kelmarin adalah hari pertama puasa. Amik cuti sebab dalam seminggu ni rasa paling teruk tak cukup tidur. Apa tidak... bangun awal pergi kerja.. lepas tu selalu balik lambat... Kalau ada kelas lagi, kena stay sampai jam 10PM. Kalau tak ada kelas, pergi library buat thesis sampai library tutup. Lepas tu tengah malam sambung lagi hinggalah jam 3AM. Then repeat-repeat-repeat setiap hari.

Actually di rumah pun tak boleh nak rehat sangat. Kerja rumah menunggu dah. Then sambil juga buat minit mesyuarat yang memang confirm setiap kali pun panjang (SOP 3 hari kena keluar dah minit). Kena buat cepat sebab kalau tak, tak tenteram nak buat tesis.

Menu first day berbuka puasa kami berdua adalah nasi putih, ayam goreng dan sayur goreng. Jimat sebenarnya kalau terus makan nasi ni. Yalah. Kalau beli kuih ni kadang-kadang tak habis. Lepas tu simpan dalam aisbox atau akhirnya buang juga ke tong sampah. Tapi kalau teragak nak makan sesuatu... pergi bazaar juga kot. Oh ya. Nasi putih boleh masak lebih untuk makan sahur nanti. Menu simple sahaja. :-)

Apa-apapun... selamat berpuasa dan menunaikan ibadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!