Ahad, 20 Mei 2018

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 12

Ini terjadi dua hari sebelum bermulanya puasa....

Masa tu sebenarnya saya nak pergi kelas (kelas malam). Tiba-tiba dapat WhatsApp bagitau ada satu paper urgent perlu buat untuk bawa ke mesyuarat esok pagi. Jam dah 0620PM. Memang tak sempat nak pergi kelas kalau kena suruh buat paper lagi. Kelas jam 0700PM. Jadi terpaksa la eskep nampaknya ni.

Buat punya buat.... tak siap juga. Sebab kena refer banyak benda. Jam dah nak jam 0740PM tak silap saya. Ada lagi dua staf pun nak balik juga. Jadi kami bertiga pun balik la. Masa di parking... saya stay dalam kereta lagi pergi WhatsApp orang. Maklumlah. Ada nak kena refer ni la... tu la apa la.

Tengah leka menaip WhatsApp, tiba-tiba nampak dari anak mata macam ada bayangan hitam panjang kat sebelah kiri saya. (masa tu saya duduk di kerusi pemandu. Benda tu di ruang tengah dekat area gear kereta). Saya tak peduli juga. Masih lagi menaip WhatsApp.

Lepas tu berlaku sekali lagi. Rasa ada bayangan hitam. Saya ingat bayangan tudung saya terbang kena aircond. Maklumlah. Pasang aircond fullblast sebab kalau di office, start jam 6PM dah tutup aircond (centralized aircond). Saya tak peduli sangat juga. Mata masih pandang smartphone. Tapi saya perasan bayangan hitam tu panjang sampai ke bawah. Macam terjuntai ke...  atau kena tiup angin ke... yang pastinya nampak ringan dan bergerak-gerak. Walaupun saya nampak dari anak mata sahaja (sebab sibuk menaip WhatsApp), saya perasan cahaya lampu yang tak jauh dari parking tu nampak jadi samar-samar bila bayangan tu menutup.

Tak lama tu saya terus drive balik. Masa dalam perjalanan nak keluar gate tu, area bukit memang gelap skit. Saya pandang belakang dari cermin tengah tu... tak ada apa-apa unusual juga. 

Sampai ke rumah... relax lagi. Masa tu Hafiz tak ada. Ada dinner. Jadi saya sorang kat rumah. Mula-mula tu main dengan kucing. Tapi kucing buat hal asyik nak cari tempat kencing, jadi saya keluarkan kucing tu. Lepas tu saya duduk kat bilik nak pergi mandi dulu, then baru sambung buat paper. Tiba-tiba ntah macam mana saya ingat balik kejadian tadi. Kalau tudung saya yang kena tiup angin... mustahil. Sebab bahagian tudung yang terjuntai adalah sebelah kanan. Bukan kiri. Lepas tu, kalau kena tiup  aircond... tentulah akan tertiup ke belakang. Yang saya nampak tu... terjuntai-juntai macam tu saja.

Ntah tiba-tiba bila saya fikir balik.... rambut kot. Lagipun nampak panjang semacam. Ni mesti che! (Dulu pernah terdengar suara perempuan berteriak juga di area parking tu. Tapi sekeliling dah tak ada orang). Apa lagi. Terus saya WhatsApp kat group saya. Kebetulan sorang kawan dalam group tu jenis mata boleh nampak. Tak habis lagi saya ceta... dia dah bagitau itu adalah che pon. Katanya benda tu ikut ke rumah. Sekarang ada kat belakang saya.

Uih... terus tak jadi saya mandi. Turun ke bawah tunggu Hafiz balik. Lama-lama tu saya dah malas menunggu, saya pergi sambung buat paper. Lantak la. Hantu pun hantu la. Tengah kusyuk buat paper... suddenly ada bayang putih kat tangga. Kejap saja lepas tu hilang. Dalam hati saya... mesti benda tu. Nak keluar kot. Tak lama lepas tu Hafiz pun datang.

Tak ada apa-apa berlaku lepas tu. Syukur alhamdulillah...

P/S - Terpulang nak caya atau tak 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!