Jumaat, 11 Mei 2018

Masih Mood PRU

Hari ni dah masuk hari kedua selepas PRU ke-14. Tapi suasana masih tak tenang lagi especially di Sabah (masih tergantung). Apa-apapun... terlebih dahulu kami rakyat sekalian mengucapkan tahniah  kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Beban yang berat terpaksa dipikul sekali lagi demi kesejahteraan rakyat. 

Mengimbas kembali keadaan sebelum dan semasa PRU baru-baru ini. Banyak bendera dan papan parti-parti yang dipacak di tepi jalan. Memang meriah! Masa driving pun jadi lebih bersemangat. Walaupun announcement mana satu parti yang menang tu punyalah lama baru nak keluar (dikeluarkan pada 10 Mei 2018, jam 0440AM, iaitu sehari selepas PRU).... tapi tetap tunggu depan TV juga. 

Banyak bendera-bendera yang terpacak di tepi jalan ketika musim PRU. Lima tahun sekali. Tak selalu.

Proses pengundian sedang berjalan. Masa saya pergi ni tak ramai orang sangat. Berbaris dalam 15 minit dah siap mengundi. Tips mengundi:

1. Semak tempat mengundi anda terlebih dahulu. Boleh buat semakan melalui online sahaja di laman web SPR. Catat nombor saluran dan angka giliran mengundi.
2. Jangan lupa bawa IC ketika nak pergi mengundi.
3. Mengundi pada waktu petang supaya tak panjang sangat berbaris.
4. Bawa sedikit bekalan seperti air minuman, gula-gula dan yang penting kipas tangan. Yalah... manatau masa berbaris tu lenguh nak menunggu.

Saya dah menunaikan kewajipan kepada negara. 

Hari mengundi adalah hari di mana restoran-restoran dan kedai akan membuat offer. Contohnya diskaun kepada pengundi apabila purchase sesuatu barangan di kedai tersebut, buy one free one minuman dan lain-lain. Oleh itu, lepas mengundi kena pergi shopping complex. Banyak tawaran menarik sedang menanti. (Saya pergi tengok wayang dengan my mum).

Mengimbau kembali kenangan sebelum PRU.
-
-
-
-
-
Keadaan di Sarawak pada bulan April 2018. Walaupun ketika ini Sarawak hanya mengundi bahagian parlimen (hari tu DUN dah buat awal)... tapi tetap ada bendera dan poster parti-parti digantung. Cumanya tak berapa meriah jika dibandingkan di negeri lain.

Ni pemandangan masa nak pergi Muzium Kucing
-
-
-
-
-
Kenangan semasa di Penang pada bulan Mac 2018.
Ni masa sambutan Ulang Tahun Pakatan Harapan yang ke -10 di Padang Kota Lama. Actually kami tak berniat pun ke Penang untuk hadir ke majlis ni. Cuma kebetulan pada hari tu kami datang dan ada makan free kat sini. Jadi kami pun apa lagi... terus la singgah. Lagipun masa ni ramai ahli-ahli politik PH turun padang... agak teruja nak stay. Memang meriah la waktu ni. Muka pun dah berminyak dah. Hahaha.

Pemandangan sebelum majlis bermula. Orang dah awal-awal lagi ambil tempat sambil bersantai dan berkelah.

Ramai orang pergi ke booth makanan free termasuk kami. Kebetulan tema itinerary kami adalah "Jalan-Jalan Cari Makan".

Ini pula keadaan sebelum tu. Kami sampai Penang sahaja, terus turun ke Padang Kota Lama. Tiba-tiba nampak ramai orang. Jadi menyinggah tengok. P/S - Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng sedang berucap ketika ini.

Padang Kota Lama sesak waktu ni. Meriah