Ahad, 13 Mei 2018

JJCM : Martabak Bandung KK, Alam Mesra

Keenakan martabak manis dan empuk pernah saya makan dulu masa di Jakarta, Indonesia. Ingat lagi flavornya adalah chocolate cheese. Lama saya cari martabak tu di sini... sehinggalah pada hari ni saya dah jumpa! ♡_♡

Walaupun saya ni sebenarnya tak gemar makan manis selalu, tapi kadang-kadang teragak juga nak makan terutama masa tengah stress dan tak boleh berfikir. (Asal stress mesti nak cari manis. Manis dan stress ada kena mengenakah?).

Taaadaaa! Martabak Bandung KK. Inilah martabak yang selama ni saya cari. Rupa-rupanya ada di KK. Ingatkan jual di Indonesia sahaja. Okay. Gerai ini terletak di Alam Mesra bersebelahan restoran Tiara Tom Yam.


Ada pelbagai perisa yang boleh dipilih contohnya coklat, cheese, nestum, banana etc. Kalau nak semua perisa pun boleh juga. Tapi perisa choco + cheese adalah yang terbaik. Trust me.

For more info boleh layari Facebook Martabak Bandung atau IG Martabak Bandung KK.


Actually martabak ni ala-ala kuih bulan juga sebenarnya. Cuma ia mempunyai pelbagai perisa dan rasanya lebih lemak. Sedap dimakan ketika masih panas. Perisa tu semua melting dalam mulut... ditambah lagi dengan susu manis. ♡ Tak tau nak cakap macam mana.

Harga untuk satu martabak ialah RM15 dan amat kaya dengan perisa. Tak rugi mencuba. Kalau take away, martabak akan dibungkus macam pizza. Comel sangat. Lepas ni nak beli lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!