Ahad, 13 Mei 2018

Ibadah Orang Jangan dipersoal

Sebenarnya kan... kita sesama manusia janganlah mempersoalkan ibadah orang lain. Dan janganlah fikir macam kita ni perfect.

Okay. Contohnya saya pernah bagi tips untuk tidur sekiranya kita susah nak lelap mata. Then... suddenly ada seseorang ni komen... "kenapa tak berzikir?". Terima kasih untuk cadangan. Tapi pada saya, perkara yang melibatkan ibadah perlu diucapkan secara berhati-hati. Takut nanti orang kata riak. Lagipun... manusia tidak sempurna. Mungkin orang tu tak ada niat kot. Just nak bagi suggestion sahaja. Kan?

Satu lagi contoh. Pernah berbual-bual dengan sorang ni tentang trip ke oversea next year. Yalah... bagitau harga tiket murah time tu and bla bla bla. Suddenly orang tu kata, "bagus kamu pergi Mekah". Seperti yang saya katakan tadi, berhati-hati kalau nak cakap berkenaan ibadah seseorang. Kita tak tau maybe orang tu dah kumpul duit nak pergi Haji atau Umrah. Tak ada orang nak mentioned setiap kebaikan yang dia buat kepada orang lain. Takut nanti dianggap riak.

Contoh lain lagi. Kalau orang pakai sexy dalam Instagram.. mulalah ada yang komen kata berdosa la apa la. Lepas tu pergi memaki macam dia baik sangat. Tapi orang yang komen tu pun.... kalau alim, tentu takkan tertengok gambar sexy tu. Ni install juga Instagram. Lepas tu dok kondem orang lain.

Contoh terakhir saya bagi. Masa tu saya on the way back ke kolej kediaman (masa masih belajar dulu). Lepas tu ter stuck kejap berbual. Then ada sorang ni boleh pula tanya "ko dah sembahyang?". Yalah. Orang tu bertudung labuh. Pakai jubah dan stoking. Saya masa tu free hair lagi. Tapi cara dia tanya tu pun punyalah action. Bagi saya... nak mengingatkan tu bagus. Tapi ada caranya. Bukan macam tu. Apa niat dia bertanya tu pun saya tak tau. Tapi rasanya tak perlulah saya mentioned dengan semua orang yang saya dah solat atau belum.

Terpulang nak terima atau tak. Ini pandangan saya sahaja. Sebelum query ibadah orang, tanya dulu ibadah diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!