Ahad, 6 Mei 2018

Cara Membaiki Kunci Mangga Berkarat

Akibat berpanas dan berhujan... lama kelamaan kunci mangga jadi berkarat. Kalau nak buka kunci kena tarik kuat-kuat baru dapat buka. Nak beli baharu pun... yang lama ni masih boleh digunakan. Cumanya selalu tersekat. 

Ada cara mudah untuk membaiki kunci mangga yang berkarat. Tak perlu beli minyak pelincir. Cukup menggunakan bahan yang ada di dapur.

Lihat kunci mangga ni masih solid. Cuma susah sikit nak membukanya akibat karat.
-
-
-
-
-
-
Caranya mudah sahaja. Hanya dengan menggunakan minyak masak. Tapi saya guna olive oil sebab botol ni ada tiub kecil di hujung. Senang nak tuang minyak.
-
-
-
-
-
-
Okay. Tuangkan setitik minyak di ruang yang berkarat seperti di lubang kunci ini. 
-
-
-
-
-
-
Selain itu, tuangkan juga di celah yang berkarat.
-
-
-
-
-
-
Lepas tu boleh cuba sama ada kunci mangga dah okay atau belum. Cara ini tak terhad kepada kunci mangga sahaja... tetapi boleh digunakan di tempat lain, contohnya pintu yang tersekat atau selalu berbunyi ketika dibuka.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!