Rabu, 9 Mei 2018

Berhati-Hati Sekiranya digigit Kucing

Berhati-hati ketika digigit kucing kerana boleh membawa jangkitan kepada anda. Gigitan yang saya maksudkan disini ialah gigitan yang kuat. Bukan gigit yang main-main tu.

Sebelum ni saya pernah dua kali terkena infection akibat digigit kucing. Sekali tu masa saya nak selamatkan anak kucing. Oleh kerana dia terkejut dan tak nak dipegang... maka saya digigit. Apa-apapun kucing tu dah diselamatkan juga. Keesokan harinya.... masih rasa berdenyut di tempat luka tersebut. Bengkak dan sakit. Lepas tu saya pergi klinik dan telah disuntik ubat akibat infection.

Okay. Saya bagi tips sekiranya anda telah digigit kucing.

  1. Apabila digigit, terus basuh luka dengan sebaiknya dan disertakan dengan antiseptik.
  2. Lap luka tersebut dan letak ubat seperti iodin atau sapukan dettol bagi mengelakkan bakteria.
  3. Sekiranya di tempat luka masih terasa sakit, pedih atau kelihatan bengkak serta membiru dalam masa lebih 24 jam... kemungkinan besar anda telah terkena infection. Kesan lain seperti rasa kurang sihat atau rasa nak demam.
  4. Terus pergi ke klinik untuk rawatan lanjut. Biasanya doktor akan bagi suntikan dan bagi makan antibiotik.

P/S - Gigitan kucing bahaya kerana menyebabkan penyakit. Apa-apapun... #silajangankecamkucing

Ini adalah luka terbaharu yang saya dapat. Kucing tu tiba-tiba emosi pergi terkam tangan saya. Lepas tu buat stop dan buat tak tau pula. 

Keesokan harinya masih terasa sakit. Saya perlu mendapatkan rawatan doktor kerana di kawasan luka terasa berdenyut dan rasa tangan lenguh semacam. Ada yang nampak biru membengkak juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!