Selasa, 24 April 2018

Short Trip ke KL 2018 - Makan dan Shopping Raya Sakan

21 - 23 April 2018... short trip to KL dengan Geng Kepsi. Tujuan... saja nak hilangkan stress dengan shopping raya + cari makanan best.

Okay. Kami ambil flight petang jam 0220PM sebab pagi sampai tengahari... saya dan Khai ada kelas. Unfortunately... flight delay ke jam 0300PM. Okaylah. Lewat sedikit dari jadual asal. 

Sekarang saya dah menjadi frequent travel untuk Air Asia (AA). Dulu selalu naik MAS sebab selalu outstation. 

Memandangkan AA lagi affordable dan paling murah setakat ni, so AA adalah pilihan saya. Kalau fly with AA, jangan lupa buat pre-book meal. Sebab makanan di AA sedap. Try this Kung Pao chicken! (P/S - Menu AA boleh berubah. Chicken with Cream Sauce dan Ginger Fried Rice dah tak available lagi T_T ).

Maximize your meals dengan Gula Melaka Muffin dan Coleslaw dengan hanya RM5.30.
-
-
-
-
-
-
Sampai dah di KL. Ready to jalan-jalan cari makan. (Hafiz tiada dalam gambar).
-
-
-
-
-
-
-
Citin Hotel. Tempat kami menginap.


Okay. Pencarian dimulakan dengan pergi ke pasar malam di Jalan Masjid India. Memandangkn kami tinggal di hotel berdekatan sana juga, so tak jauh nak berjalan. Turun sahaja dah sampai pasar. ♡ Pasar malam hanya available pada Sabtu malam Ahad. Jangan lepaskan peluang! Ada banyak makanan yang best menanti anda.

Teringin nak makan sotong goreng. Sedapnya!

Singgah makan nasi daun pisang di area berdekatan. Rasa kari yang betul-betul lemak.
-
-
-
-
-
-
Keesokan harinya. Kalau ikut itinerary.... sepatutnya ada pergi ke KL Tower sebab nak try SkyBox (berdiri di lantai kaca atas bangunan) dan SkyDeck. Oleh kerana jadual dah lari banyak... jadi terpaksa cancel ke KL Tower. Gara-gara Jakel buka jam 10AM lebih dan process mencari kain dan baju raya yang panjang...

Sebenarnya saya tak ada pun bershopping raya kerana dah beli awal dah. Lagipun mum pandai menjahit dan dah buatkan tiga helai baju kurung untuk saya. Jadi tak perlu shopping lagi la. Paling-paling cari tudung saja. Tapi members yang lain? Confirm shopping raya punya.
-
-
-
-
-
-
Sambil berehat... sambil mengisi perut. Beraneka jenis booth makanan dibuka di sepanjang jalan di Jalan Masjid India.

Lepas tu simpan barang-barang di hotel. Then pergi KLCC nak beli barang sikit. Siapa yang tak try lagi Juice Works, boleh try. Konsep sama dengan Boost Juice.

Saya cuba jus laici.
-
-
-
-
-
-
Sebenarnya inilah yang dinanti-nanti. Ke Restoran Rebung milik Chef Dato' Ismail. Lokasi restoran dah pindah ke area dekat Taman Botani KL. Kalau nak makan buffet... start pagi sampai tengahari. Lepas tu petang start jam 7PM ke atas. RM50 per head tapi memang berbaloi. Masakan terbaik. Dan macam-macam ada. Dari pembuka selera hingga ke pencuci mulut.

Reserved table for us. Berhadapan dengan stage. Boleh karaoke kalau nak.

Memang terbaik makanan di sini.


-
-
-
-
-
-
Esoknya sebelum balik, singgah makan di food court KLIA2. Makan Yong Tau Foo since teragak nak makan sayur.

Alhamdulillah penerbangan ke KK tak ada masalah. Ramai pula artis-artis tempatan yang kami terserempak semasa di KL. Dan yang paling best, saya terserempak dengan Dee Jangan Ketawa. Actually sebelum tu saya pergi buka Youtube tengok sitkom Jangan Ketawa. Yalah. Dulu masa kecil suka tengok ceta tu. Lepas tu saya ada sebut juga nama dia masa story-story ngan kawan baru-baru ni. Tak sangka masa kat KL terjumpa pula dengan Dee. 

Apa-apapun... next time nak buat trip lain pula bersama Geng Kepsi. Ada beberapa tempat dah di consider. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!