Ahad, 1 April 2018

Review : SK II GenOptics Aura Essence

Saya tidak banyak menggunakan skincare kerana kulit yang sensitif membuatkan saya risau produk tersebut tidak sesuai dengan saya. Saya hanya menggunakan krim pada siang hari dan untuk malam, saya hanya menggunakan toner, essence water dan apabila kulit terasa kering... saya menggunakan hydrating lotion. Kadang-kala kulit saya kelihatan kering kerana setiap hari di pejabat asyik duduk bawah aircond. Oleh kerana saya juga aktif outdoor activities, kulit mengelupas dan menjadi gelap. Paling tak best, kulit saya juga jenis berminyak. Pendek kata semua masalah tersebut membuatkan muka nampak kusam.

Memang tak boleh jadi! Umur lagi makin meningkat... kena ada solution juga untuk semua ni. Jadi saya cuba produk SK-II GenOptics Aura Essence. Bila tengok review, kebanyakan pengguna amat berpuas hati dengan hasilnya.

Sebelum ni saya dah pernah cuba produk SK-II (Pitera). Tapi masa tu muka tengah diserang jerawat teruk. Jadi saya stop dulu menggunakannya kerana saya berpendapat muka yang berjerawat perlu menggunakan produk yang minimal.  

Actually dah sebulan saya menggunakan SK-II GenOptics Aura Essence ni. Tujuan saya menggunakannya untuk mengurangkan masalah kulit kusam saya. Saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Walaupun harga agak expensive... tapi amat berbaloi.

Keadaan muka saya selepas sebulan menggunakan SK-II GenOptics Aura Essence. Kulit cerah berbanding dulu dimana tona warna tak sekata semakin berkurangan (yang terlindung tudung nampak cerah manakala yag terdedah cahaya matahari agak gelap). 

Kesan jerawat juga semakin berkurangan

Saya tidak mengenakan sebarang foundation atau bedak. No filter photo.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Untuk mengekalkan kulit seperti ini, saya juga menggunakan SK-II facial treatment essence (pitera). Sangat berkesan dalam membantu mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit.

Actually saya mempunyai set SK-II tetapi krim anti aging tu saya jarang guna. Clear treatment lotion (toner) tu saya ada guna. Mula-mula muka aagak kering tapi lama-kelamaan dah okay. Apa-apapun... saya prefer untuk menggunakan SK-II GenOptics Aura Essence dan SK-II Pitera.

Saya apply dua kali sehari. Siang (sebelum pergi kerja) dan malam (sebelum tidur). 

Sebelum menggunakan SK - II GenOptics Aura Essence sebelum tidur, saya apply pitera (miracle water) ni terlebih dahulu. 

P/S - Akan cuba more SK-II product selepas ini

-
-
-
-
-
-
-

Updated 4 Julai 2018

Keadaan muka setelah empat bulan menggunakan SK-II GenOptics Aura dan Pitera. 
(Saya tak menggunakan sebarang bedak dan mekap waktu ini).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!