Khamis, 26 April 2018

Pengalaman Buat Root Canal Treatment (RCT)

Nak share pengalaman buat Canal Root Treatment atau Rawatan Akar Gigi...

SEJARAH SAKIT GIGI - Gigi saya yang sakit ni adalah gigi geraham atas sebelah kiri. Suatu hari, gigi terasa sakit akibat tampalan yang pecah dan berlubang. Dah makan panadol tapi still sakit lagi. Malam tu tak boleh tidur dan terasa gigi berdenyut. Esoknya, hari Ahad. Kebanyakan dental clinic tutup. Yang buka pun semuanya full appoinment. Tapi ada satu klinik yang menjadi penyelamat iaitu Klinik Pergigian K.K. Ada tiga cawangan semuanya (Asia City, Putatan, Beverly Hills) tapi saya biasa pergi yang cawangan Putatan. Dulu pernah buat teeth cleaning kat situ.

RAWATAN PERTAMA - Sebenarnya kalau ikut saya nak cabut saja gigi ni. Tapi Dr. advice sekiranya nak buat Root Canal Treatment (RCT). Proses ada rumit sedikit dan perlu buat beberapa kali rawatan, tapi jauh lebih baik dari cabut gigi. Ini kerana kalau nak buat gigi palsu ke... atau tanam gigi... kos adalah mahal. Jadi kalau boleh selamatkan lagi gigi tu, lebih baik diselamatkan. Lagipun, tak cantik senyuman kalau banyak gigi tak ada. Hehe...

Jadi saya pun okaylah. Total cost adalah RM800. Mula-mula tu Dr. jarum gusi sebanyak dua kali untuk bius. Serta merta hilang denyut gigi saya sebab dah tak rasa apa dah. Then Dr. pergi gerudi lubang kecil di gigi dan masukkan Endodontic File dalam lubang yang dah digerudi. Habis gigi kena cucuk dengan benda tu. Then Dr. remove infected tissue dan bersihkan gigi. Dah siap proses tu... Dr. buat tampalan sementara dan bagi ubat antibiotik (kena habiskan) dan panadol. Buat RCT ni melenguhkan juga sebab kena buka mulut lama.

Endodontic File. Source from Amazon

RAWATAN KEDUA - Appoinment seterusnya pada minggu hadapannya. Dr tanya juga gigi ada sakit atau tak. Tapi syukur tak ada rasa apa-apa sakit. Okay. Proses yang kedua ni, mula-mula buka balik tampalan sementara. Kali ni tak ada bagi ubat bius okay. Masa Dr cucuk guna Endodontic File sampai ke hujung gigi (kena gusi dah)... punyalah sakit. Apa boleh buat, tahan sahajalah. Then Dr terus pergi buat X-Ray. Cubaan kali pertama macam tak sampai hujung lagi. So kena buat balik. Sengsara wooo sebab kali kedua kena cucuk lagilah sakit. Nangis saja tak. Lepas tu buat X-Ray balik. Then Dr explain skit apa benda yang terjadi. Lepas tu gigi saya kena filled dengan gutta perka dan di tampal dengan tampalan sementara.
Source from Bower Dental Practice

RAWATAN KETIGA - Appoinment ketiga dibuat pada minggu hadapannya lagi. Means rawatan RCT memerlukan sekurang-kurangnya tiga minggu. Ada orang sampai empat kali appoinment. 

Dr buka balik tampalan sementara tu dan bagi sedikit bius. Kali ni nak masukkan skru dalam gigi sebab nak bagi support untuk tampalan. Memang habis gigi saya kena skru bagai. Nasib baik kena bius. Kalau tak... tak tau macam mana rasanya. Dah kena skru.... Dr pergi buat tampal gigi. Kali ni tampal yang cantik skit. Lepas tu dah siap ^^ ♡ Selesai dah segalanya.

P/S - Actually kalau buat crown lagi cantik tapi kos untuk crown sangat mahal. Boleh mencecah RM1000 juga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!