Jumaat, 27 April 2018

Lumrah Pelajar...

Lumrah sebagai seorang pelajar... memang takkan lari dari study atau buat assignment tengah malam. Ada yang sampai tak tidur lagi. Ni saya pun baru lepas siap buat proposal outline selepas yang pertama direject dengan jayanya. -_- Selagi tak siap.... selagi tu la hati tak tenang. 21 Mei dah proposal defend. Punyalah rasa tak best sekarang ni. Mana lagi kerja office banyak nak kena buat. Memang OMG betul!

Actually esok ada mid-term tapi satu apa pun tak study lagi. Lagipun saya ni jenis tengah malam baru boleh nak belajar. Kalau tak... ada lagi kerja lain nak buat. Tengah malam adalah waktu yang paling senang nak masuk ilmu dalam kepala otak ni. Okay. Pagi ni kena prepare notes dulu nampaknya.

Teringan masa zaman Diploma dulu. Sama juga. Belajar tengah malam. Tapi dulu keadaan tak sama macam sekarang. Internet dulu lagi memang hampeh. Laptop berat. Tak ada yang ringan. Laptop Celeron pun harga RM2K okay. Tu pun dah kira canggih. Kemudahan terhad. Pelajar sekarang dah kira bersyukur banyak fasiliti ditambahbaik. Tu pun ada lagi yang nak complain.

Masa zaman Degree ada okay sikit. Laptop time tu tukar pergi Pentium. Heheh. Sebab laptop lama rosak. Tapi internet memang sama juga hampeh. Dah la tempat saya belajar dulu memang area jin bertendang orang kata. My roomate time tu ada beli internet broadband Celcom. Kira tu la penyelamat masa tu walaupun masih tahap slow lagi. Satu line saja. Adoii.... susah bebenar nak buat assignment. Alternatively... buat di library. Tapi maklumlah library tutup jam 10PM. Sedangkan assignment ada banyak lagi kena buat.

Sekarang pun sama juga belajar tengah malam. Lepas tu insomnia la. Cuma sekarang banyak kemudahan. Internet di rumah pun laju. Senang nak cari info. Smartphone pun ada. Senang nak buat kerja.

Okay. Dah jam 4AM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!