Khamis, 19 April 2018

Lawatan ke Ladang - Keningau & Sandakan

Pada 10 April 2018.... saya dan ahli rombongan yang lain berkesempatan untuk melawat ke ladang ternakan di Keningau. Ladang tersebut adalah milik Datuk Yap. Sebenarnya ini bukanlah lawatan pertama saya. Setiap kali lawatan, ada sahaja projek baharu yang dibuat. 

Mula-mula pergi melawat ke kolam ternakan ikan talapia. Walaupun tempat ni tak lagi siap sepenuhnya, tapi ikan talapia dah begitu banyak. Sempat bagi makan kat ikan-ikan talapia ni. :-)

Kolam ikan talapia merah dan talapia hitam.


Ikan talapia bersaiz sederhana yang ada di kolam ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lepas tu terus melawat ke ladang lembu. 
Dan ke ladang kambing. Anak-anak kambing ni punyalah manja.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selepas sahaja lawatan ke ladang ternakan selesai... malam tu singgah ke Signal Hill EcoFarm untuk dinner.
Jus kale. Memang terbaik!

Menjamu selera dengan healthy food. Salad kale. Ikan talapia merah masak sos thai dan mangga. Itik panggang. Telur ayam ginseng. Sayur kacang bintang goreng. Sayur telinga tikus goreng. Semuanya fresh dari ladang.

Pada 12 April 2018 pula, kami melawat ke ladang pertanian Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan. Pagi tu hujan renyai tapi lepas tu okay dah.


Sekarang dah ada taman arnab. Weee! Comelnya arnab ni.

Anak arnab yang cute.

Sempat tanam pokok durian Musang King. Mudah-mudahan berbuah suatu hari nanti.

Ada banyak lagi tempat di FPL ni sebenarnya tapi tak sempat nak selfie kerana masa tu tengah bertugas jadi Urus Setia lawatan. Antara ladang yang telah dilawati adalah ladang kopi, nanas, burung unta etc.

Apa-apapun... thank you team FPL, Datuk Yap and Mr. Lee!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!