Selasa, 17 April 2018

Berkunjung ke Sandakan Crocodile Farm

Pada petang selepas aktiviti Lawatan LPU dan sempena menunggu flight yang delay dari jam 0610PM kepada jam 0855PM 🙄.... saya pun berjalan-jalan di sekitar Sandakan. Mula-mula tu ke Agnes Keith House... then pergi pasar Sandakan sebab nak beli sambal terasi (memang sedap. Dari Indonesia).

Lepas tu... rasa macam nak pergi Taman Buaya Sandakan sebab dah tak tau nak ke mana. Lagipun baru nak dekat jam 3PM. Mak aiihh... lambat lagi nak balik KK. 

Okay. Taman buaya ni terletak di Batu 8, Jalan Labuk. Bayaran per entry untuk dewasa dengan pemegang MyKad adalah RM10 sahaja. Taman ini buka pada setiap hari. Dalam taman buaya ni tentulah ada buaya. Yang paling besar setakat ni adalah si Bujang Lapok. Memang sangat besar! Lahir pada tahun 1960an. Sebelum ni ada pertunjukan buaya dibuat tapi dah diberhentikan akibat kes buaya menyerang staff semasa pertunjukan. Ngeri juga.

Antara buaya yang ada di sini

Bujang Lapok. Besar yang amat sangat. Bayangkan ini adalah reptilia yang ada pada zaman dinosaur. Sehingga kini masih selamat dan tak pupus. Tapi kalau kita tak jaga alam semulajadi dengan baik... tentunya banyak binatang yang akan tiada dan menganggu ekosistem alam. 

Sesi feeding anak buaya pada jam 3PM. 

Ada banyak lagi anak buaya!

Selain itu terdapat juga binatang lain seperti burung unta... ikan pun ada juga.

Sepanjang laluan merentasi buaya-buaya yang ada.


Sila jaga kebersihan dan jangan buang benda yang bukan-bukan ke dalam kolam ikan. 


Ada kucing. Manja pula tu


Boleh bagi makan ikan. Beli sahaja baja ikan yang digantung dalam plastik kecil. Duit masukkan dalam tabung khas yang disediakan. Harga sebungkus RM1 sahaja. 

Mungkin Taman Buaya Sandakan tak semeriah dulu... tapi berbaloi untuk dikunjungi. Sangat best dapat tengok ikan-ikan yang cantik ^^ Juga buaya yang tengah bersantai dan berenang-renang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!