Rabu, 7 Mac 2018

Trip to Singapore - Part 2

HARI KETIGA
Sebelum memulakan perjalanan...seperti biasa akan breakfast dulu. Sebenarnya jarang breakfast nasi tapi memandangkan perjalanan jauh dan confirm akan lapar punya... jadi saya memilih untuk makan nasi putih, ayam goreng dan sayur (makanan berat). Ayam tu nampak sedap... tu yang nak makan tu. Lokasi restoran... Mufiz Restaurant, Geylang.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Destinasi pertama kami adalah National Museum of Singapore. Oleh kerana kebanyakan tempat pelancongan mula beroperasi jam 10AM, so tak perlu rush nak bangun pagi. Nearest station MRT ke National Museum of Singapore adalah stesen Dhoby Ghaut. Selepas exit MRT (exit A), terus belok kiri. Dalam tujuh minit berjalan kaki dah sampai ke muzium.

On the way ke muzium.



Bayaran masuk ikut kategori (Standard adult / senior citizen / student / children / group more than 3) Masa ni ada pameran khas berkenaan sejarah Jepun menjajah Singapura (Witness to War : Remembering 1942). Kalau nak melawat semua sekali termasuk pameran khas, cas yang berbeza dikenakan. Apa-apapun, sangat berbaloi untuk ke sini.

Tiket masuk muzium. $15 untuk visitor. (Kalau nak masuk pameran khas... bayarn masuk $18).











One of Japanese tanks of World War II



Muzium ni begitu luas dan menarik
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lepas sahaja dari muzium... kami berhajat ke Mustafa Centre (shopping complex 24 jam). Tapi sebelum tu pergi makan dulu. Tak tau nak makan mana... so kami makan kat Popeye's sahaja. Setiap kali pergi Hong Kong, selalu nampak restoran Popeye's ni tapi tak pernah masuk. So kali ni try makan di sini la.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Stesen MRT terdekat untuk ke Mustafa Centre adalah Stesen Farrer Park. Mustafa Centre memiliki dua buah bangunan yang berhadapan. Semua ada jual di sini. Jam tangan, baju, souvenir, beg, makanan, ubat, perfume, barangan elektrik, emas etc....semua pun ada. Rambang mata tengok. Rata-rata semua jenama ada... dari murah ke mahal.



-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selepas berkunjung ke Mustafa Centre, kami pun meneruskan perjalanan ke Merlion Park. Nearest station MRT adalah Raffles Park. Kat sini memang cantik. Jadi memang akan sentiasa penuh dengan pelancong.

The famous Fullerton Hotel, Five Stars Luxury Hotel.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kalau pergi Singapore tak sah kalau tak pergi sini. Nak jalan kaki ke sini ada dua style. Satu, ikut akses dari Fullerton Hotel (bawah tanah dan tak perlu lalu jalan raya). Kedua... lalu atas jalan raya seperti biasa.
Nama Merlion adalah gabungan "mer" yang bermaksud laut dan singa. Badan berbentuk ikan menggambarkan kewujudan Singapura sebagai fishing village (Temasek yang bermaksud sea town dalam bahasa Jawa). Kepala singa pula bermaksud nama Singapura (iaitu lion city atau kota singa). For more info.... klik link ini.

Akhirnya berjaya bergambar dekat Merlion.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kami ikut akses dari Fullerton Hotel. Tak perlu berpanas. Hehe...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lawatan terakhir adalah Gardens by the Bay. Nearest MRT station, Bayfront. 

Masa sampai di sana, yang terbaik adalah beli tiket masuk dengan tiket tram sekali. Boleh juga nak jalan kaki tapi jauh sikit la sekiranya nak ke bangunan utama Kalau nak jalan-jalan sekitar taman tu tak dikenakan sebarang cas. Tapi kalau nak masuk ke Flower Dome, Cloud Forest dan naik atas OCBC Skywalk (tengok cuaca).... kena beli tiket. Bayar guna Maybank boleh dapat diskaun.



Pergi ke Singapore... kena singgah sini. Sangat cantik. Kepada yang sukakan kehijauan, datanglah ke Gardens by the Bay.



Big size cactus



Dahlia. Khas untuk lawatan semasa tahun baru cina sahaja.


Cloud Forest. Another side of the garden.

Boleh naik ke atas jambatan ni. Sangat tinggi.

Paling atas


Mula-mula saya ni Supertree Grove ni... boleh masuk kat dalam tu. Rupanya tak boleh dan saiznya kecil sikit dari sangkaan saya. Tapi boleh canopy walk di atas tu. Setiap petang iaitu jam 0745pm - 0845pm... akan ada pertunjukan lampu Garden Rhapsody di sini. Kena siap-siap ambil tempat sebelum acara bermula. 



Dah nak balik. Pemandangan malam pun cantik juga. Tempat ini sangat luas dan kami pun tak habis pusing lagi actually. Tapi memandangkan dah dekat jam 9PM dan kaki dah penat (akibat berjalan dari pagi tadi)... jadi kami balik la -_-

Marina Bay Sands. Luxury hotel. Sebelah Gardens by the Bay sahaja.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
HARI KEEMPAT
Dah nak pulang ke Malaysia. Sebelum tu isi perut dulu. Teringin nak makan Maggi. Ngehehe...


Oleh kerana flight kami disebelah petang, tengahari tu sempat lagi singgah di Bedok Mall. Turun di MRT Bedok sahaja. Dah penat pusing-pusing... singgah makan di Encik Tan dulu (halal certified). Ada bermacam-macam jenis makanan di sini. Nak makan nasi pun boleh. Nak kudapan seperti pau atau siew mai pun ada juga.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
Changi airport terbahagi kepada empat Terminal. Kalau naik Air Asia automatik di T4. Untuk T1, T2 dan T3 adalah connected dan boleh akses menggunakan bridge atau transit monorail. Kalau nak pergi T4 perlu naik bas transit. 



Boleh akses ke terminal lain menggunakan jambatan sahaja

Oh ya. Pelancong boleh claim balik GST. Caranya hanya perlu ke machine untuk key-in butiran dan refund wang boleh dibuat di kaunter pemulangan wang GST. Tertakluk kepada retailers yang mengikuti program refund GST. (Ada satu resit khas akan diberikan untuk membolehkan kita dapat refund duit tersebut).

Beautiful Changi airport

Kedai makan di T4 airport

Airport Changi Singapore memang cantik dan canggih. Orang yang tengah menunggu kapal boleh duduk di kerusi yang selesa sambil charge handphone. Fasiliti tip top. Security juga strict okay.

Sekian untuk travel post saya pada kali ni. Enjoy!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!