Selasa, 6 Mac 2018

Trip to Singapore - Part 1

Okay. Sebelum saya memulakan cerita Trip to Singapore - Part 1 ni... nak maklumkan dulu yang SD card saya corrupt. Jadi semua gambar hari pertama dan kedua hilang macam tu sahaja. 😣 Apa boleh buat... >.<  Updated 9 Mac 2018 : Gambar-gambar dah dapat di recover balik. YEAAAAAAAHHH!!! (Video tak dapat recover T_T)

Yang gambar-gambar dibawah ni semua hasil pengumpulan dari WhatsApp dan gambar dari smartphone Hafiz. Memang tak banyak sebab saya tak share banyak dalam WhatsApp + Hafiz pun bukan suka sangat amik gambar. Apa-apapun.. masih cuba sehabis baik untuk deliver the best dalam post kali ni. Updated : Dah update dengan gambar-gambar yang berjaya di recover. 


HARI PERTAMA
Kali ni saya dan Hafiz ke Singapura. Short trip sahaja iaitu 1 - 4 Mac 2018. Tapi kami make sure trip ini dimanfaatkan sebaiknya. Okay. Kami sampai ke Singapore 25 minit lebih awal. (Patutnya jam 0500PM sampai). Jadi boleh la mulakan misi dengan cepat.



Penerbangan ke Singapura menerusi Air Asia adalah direct flight dari Kota Kinabalu. Kapal terbang Air Asia mendarat di Terminal 4, Changi airport. Untuk catch up the MRT, kena pergi ke Terminal 2. So boleh naik transit bus (free) dari T4 ke T2. Untuk memudahkan perjalanan... boleh sewa pocket WiFi atau beli tourist simcard. Saya memilih untuk menggunakan simcard Singtel. Sebenarnya kalau tak nak beli atau sewa pun tak apa kerana kebanyakan tempat di Singapore ada free WiFi.



Sampai sahaja di T2, kami terus turun ke basement untuk menaiki MRT. Sistem MRT di Singapore sangat baik dan mudah. Hanya beli tiket di self service machine, lepas tu dah boleh gerak ke destinasi yang hendak dituju. 




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






Destinasi pertama kami adalah check in hotel. Kami memilih Hotel Fragrance Ruby di Geylang. Boleh turun di stesen Aljunied dan lepas tu jalan kaki tak sampai 10 minit untuk sampai ke hotel.  -_- Untuk tiga malam... saya dapat harga RM618. (Booking awal dengan Agoda). Bilik memang tak besar sangat tapi selesa. Just nice. Fasiliti juga bagus dan yang penting dapat katil comfort.

P/S - Perlu diketahui bahawa Singapura menggunakan matawang Singapore Dollar (SGD), jadi nilai tukaran agak tinggi.











Selepas berehat sebentar, kami terus menuju ke Bugis Street. Stesen Aljunied tak jauh dari Stesen Bugis. So amat berbaloi untuk tinggal di area Geylang. Sekiranya anda nak beli souvenir paling murah, boleh cari di Bugis Street. Contohnya 24 unit keychain dijual dengan harga $10 sahaja. Di depan Bugis street ada Bugis Junction (shopping mall). Nak cari makan, boleh cari di area sana atau sekitar Bugis Street. 



Ada banyak makanan halal di Singapore... so memang tak susah nak cari makan kat sini. Untuk satu set KFC (dua ketul ayam sesame + coselaw + mashed potato + juice... harga $8.50. Purata harga makan di Singapore ialah $6 - $10. So ready $$$. Kalau malas nak makan di luar, boleh beli snack atau frozen food di 7 Eleven (nanti panaskan dalam microwave). 


HARI KEDUA

Hari kedua... sebelum ke mana-mana... kami cari breakfast dulu. Antara restoran halal di Geylang adalah di Restoran Mufiz. Kedudukannya tak jauh dari Stesen Aljunied. Selepas breakfast... terus memulakan perjalanan ke Universal Studio Singapore. The best time untuk bergerak dari hotel adalah jam 0930AM kerana kebanyakan shopping complex dan tempat tourist dibuka pada jam 1000AM.




Kepada yang nak ke Madame Tussauds Singapore, boleh masuk ke website ini. Link. Purchase online boleh dapat diskaun.

Book tiket awal-awal kalau nak ke Universal Studio. Saya book menggunakan Maybank Exclusive... so dari normal price $72 boleh dapat harga $66 sahaja lepas tu. 

Dari Vivo City (shopping mall) ke Universal studio boleh naik bas, Sentosa monorail atau cable car. Kalau nak naik monorail... boleh ke Aras 3 Vivo City dan beli tiket monorail di sana. Hanya $4 dan boleh digunakan di sepanjang stesen yang ada di Sentosa. 

















Naik carousel Madagascar. Weeee!!














Halal food (certified) di Universal Studio Singapore. Ada beberapa tempat menjual makanan halal di sini.... jadi mencari yang halal memang mudah. ^^ For more info boleh klik link ini.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-







FYI - Kalau beli souvenir $20 ke atas dengan menggunakan Master Card, boleh dapat diskaun. 

Oh ya. Oleh kerana cuaca di Singapore sama macam di Malaysia (iklim Khatulistiwa), jangan lupa bawa topi, shades dan small towel. Make sure pakai baju yang menyerap peluh dan tak tebal.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Selepas dah penat bergembira di Universal Studio, kami pun keluar untuk rehat sebentar di sekitar kawasan Sentosa. Lepas tu bila tengok jam masih awal... rasa cam rugi pula kalau tak masuk ke S.E.A Aquarium. Apa lagi... bukan selalu ke Singapura. Jom masuk tengok ikan.

Memang tak rugi masuk sini. Superb! Amazing. Stunning. Long story short, AWESOME. Boleh tengok ikan dalam aquarium yang sangat besar. Ada dolphin lagi ♡♡♡

Kalau pergi Singapore, mesti pergi ke S.E.A Aquarium Sentosa.






















Dolphin interframe





-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kepada peminat Hard Rock Cafe, boleh dapatkan merchandise HRC di Sentosa. Yeah!
Selesai tengok ikan-ikan yang membuatkan ramai orang teruja... lepas tu kami ke stesen seterusnya. Terus ke Beach Station sebab nak pergi ke Fort Siloso.



Perjalanan ke Fort Siloso - Selepas sampai di Beach Station, boleh ke Fort Siloso dengan menggunakan tram (free) atau naik bas. Nak jalan kaki pun boleh tapi jauh skit la. Kami prefer menaiki tram kerana boleh bersiar-siar sambil tengok pemandangan dan menghirup fresh air. Tempat persinggahan terakhir tram adalah di Fort Siloso. Jadi... dah sampai dah.

Tak ada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke sini tapi elevator hanya akan berfungsi sampai jam 6PM. Kalau lebih dari tu... kena naik/turun tangga jawabnya. 

Untuk sampai ke Fort Siloso perlu lalu di Siloso Walk dulu. Nak lebih thrill? Boleh cuba berdiri di cermin ni.















-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Masa nak pulang balik ke Vivo City, kami menggunakan cable car. Berbaloi untuk tengok pemandangan yang cantik di Sentosa Island. 


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Selepas cari makan di food court Vivo City, kami putuskan untuk terus ke IMM Outlet, outlet terbesar Singapura. Caranya... naik MRT ke Jurong East. Oh ya! Kalau nak cari jam tangan Casio dengan harga murah dan original... boleh singgah ke outlet ini. Opening hour setiap hari bermula jam 10AM - 10PM.

Unuk ke outlet ni.... dari MRT Jurong East... perlu ikut J-Walk Bridge. Dalam 10 minit dah sampai ke IMM Outlet. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok video menerusi link ini.



Untuk tourist layak refund GST (GST di Singapura adalah 7%). Tertakluk kepada retailers yang mengikuti program refund GST. Caranya... selepas kita beli barang, seller akan berikan resit untuk refund GST. Refund boleh dibuat di kaunter GST di airport Singapura. Rujuk post kedua Trip to Singapore.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!