Selasa, 20 Mac 2018

Transfer ASB Secara Online

Sekarang kalau nak transfer duit ASB dah tak perlu guna buku dah. Boleh terus buat secara online melalui website MyASNB. Tapi sebelum tu, make sure number telefon anda dikemaskini terlebih dahulu sebelum menggunakan MyASNB online. 

AKTIFKAN MyASNB ONLINE
  1. Caranya pergi ke mana-mana bank (tempat anda buka akaun ASB) dan maklumkan yang anda nak update nombor telefon untuk register ASB online. 
  2. Buka website MyASNB dan daftar masuk dengan mengisi butiran yang diperlukan. TAC akan dihantar kepada nombor telefon anda (yang telah dikemaskini). Jangan lupa verify emel supaya akaun dapat digunakan.


TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB

Setelah akaun aktif, anda dah boleh transfer wang ke akaun ASB anda. Caranya:

1. Login masuk ke MyASNB online anda. Kemudian klik button 'additional investment' ke preferred account, contohnya Amanah Saham Bumiputera.

2. Lepas tu akan keluar semua terms and condition. Kalau okay, check di kotak yang disediakan dan tekan next.

3. Masukkan jumlah unit (wang) yang hendak dimasukkan. Contohnya RM600.

4. Kemudian akan keluar captcha untuk security reason. 
5. Lepas tu klik next dan anda boleh pilih nak transfer menggunakan akaun apa. Contohnya Maybank, RHB, CIMB dan lain-lain. Selesai.

Harap membantu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!