Khamis, 15 Mac 2018

Tak Boleh Suka Hati Tukar Seat Kapal Terbang

Okay. Ini merujuk kepada seat dalam kapal terbang.... tak boleh tukar sesuka hati memandangkan seat tersebut kebanyakannya adalah DIBELI. Ada yang bayar dengan harga berbeza. Contohnya Air Asia.... seat depan skit (after Hot Seat row 1-5) berharga RM12. Malindo pun kena beli seat juga. Same with MAS. RM20 satu seat (kecuali kalau dah nak fly baru bagi free).

Jadi... tak boleh nak tukar-tukar seat sesuka hati. Actually masa saya travel baru-baru ni... tak tau apa kena tapi memang ada isu pasal seat. First masa pergi... ada sorang makcik ni sepatutnya duduk window seat. Tiba-tiba dia tanya dengan saya dan kawan saya... 'korang suka tak duduk dalam (window seat)?'. Saya kata 'tak'. Lepas tu dia boleh kata, 'saya pun tak suka'. Saya pun fikir.... so what? Kami beli seat ni. Kalau tak suka window seat, belilah la seat aisle awal-awal. Then nak suruh orang lain switch tempat duduk dia pula. Then muka murung semacam. Memang tak boleh blah. Lepas tu kalau ikut ceta dari pramugara tu... dia nak minta husband dia duduk sebelah dia sekali. Means, kami pula yang terpaksa pindah ke belakang. Argue punya argue... orang lain stuck kat belakang. 

Okay. Tu cerita masa pergi. Masa balik pula... lagi tragis. Same story. Kami dah beli seat row depan. Tiba-tiba ada sorang makcik ni... ntah macam mana dia boleh duduk depan, tapi dua orang anak dia (umur dalam 5-6 tahun) duduk bahagian belakang. Then merayu minta tukar dengan pramugara tu supaya pindahkan anak-anak dia ke depan. Memandangkan kapal full, pramugara tu boleh pula request saya dan kawan saya switch seat dengan anak-anak dia.... which is from row 7 to row 26. Siapa yang nak? We bought the seat dengan harga berbeza with standard seat punya harga, then dia boleh minta kami pindah ke seat belakang sebab kononnya kesian kat makcik tu punya anak-anak terpisah dengan mak dia. 

Bukan pasal kesian atau tak kesian... tapi pramugara tu pun kena fikir hak customer lain. So I said... "dapat refund balik tak kalau kami tukar seat ke belakang? Sebab kami beli seat ni". Lepas tu terus pramugara tu dengan nada kasar kata... "tak pe la! Tak pe la!". Then dia cari lagi orang lain untuk minta tukar. I mean.. he cannot simply do like that. Dan kepada makcik tu... kalau dah tau keadaan tu akan berlaku, dia arrange la seat sama-sama awal-awal lagi. Sekarang dah boleh buat semuanya online. Through smartphone pun boleh buat. Saya tak setuju dengan cara pramugara tersebut and also the mother. 

Jadi saya cadangkan cara yang lebih baik:

1. Atur kedudukan dengan lebih awal. Sebagai ibubapa, bila dah tau anak-anak terpisah, sepatutnya fikirlah cara yang lebih baik untuk betulkan keadaan. Contohnya beli seat awal-awal. Kalau tak nak beli seat yang mahal, beli seat standard pun dah okay. 

2. Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan simply ingat boleh tukar seat sesuka hati. Fikir perasaan customer lain yang dah arrange all the things awal-awal lagi. Contohnya macam saya suka duduk aisle sebab senang nak keluar. So to ensure semuanya dalam keadaan teratur, so saya beli seat awal.

3. Fikirkan cara lebih baik. Honestly saya tak setuju dengan cara pramugara tu bercakap dengan kasar and request kami untuk pindah sesuka hati. Instead minta kami pindah from front row to back row.... lebih baik fikirkan cara lebih baik iaitu... apa kata minta makcik tu pindah ke belakang untuk bersama anak dia. So the other customer from the back can go to front row. Siapa yang tak suka duduk depan? Kalau tak nak bagi sesiapa pindah pun... maybe dia boleh cakap kat makcik tu... explain sikit kapal dah penuh. Buat masa sekarang tak boleh nak pindahkan anak-anak puan ke tempat lain. Tapi akan sentiasa pantau anak-anak puan bla bla bla... pandai la skit cakap.

Apa yang saya boleh buat adalah complain dengan cara yang betul. Harap pihak syarikat penerbangan lebih alert dengan setiap feedback customer dan improve mana-mana yang patut. 

P/S - Jangan asyik nak free saja. Then amik hak orang lain. Sekian harap maklum.