Sabtu, 17 Mac 2018

Review : Skin's Boni -Yogurt Bonimini Wash Off Mud Pack

Yogurt Bonimini Wash Off Mud Pack ni sebenarnya dicadangkan oleh kawan saya. Katanya produk ni bagus. Selepas menggunakannya, terasa kulit sangat bersih. Jadi saya pun try juga la.

Sebelum tu... produk ni boleh di dapati di kedai Sasa dengan harga RM13 untuk satu pek. Ada tiga jenis semuanya. Pine Needle (warna jingga), Green Tea (warna pink) dan Charcoal (warna hitam). Saya amik yang kaler hitam. Yogurt Bonimini adalah made in Korea.

Fungsi mud adalah untuk membersihkan wajah, mengecilkan pori-pori dan melembapkan kulit. 
Jom tengok kesannya.

Muka SEBELUM

Taaadaaa! Saya gunakam Yogurt Bonimini Charcoal. Teksturnya betul-betul seperti tanah liat. Tak melikit dan senang nak sapu di muka.

Okay. Selepas ratakannya di muka, tunggu sehingga mud menjadi kering (lebih kurang 15-20 minit), kemudian cuci muka dengan bersih.
-
-
-
-
-
-
-
Muka SELEPAS

Secara keseluruhannya saya sukakan produk ini. Masa tengah guna tu cam best saja. Feeling relax. Baunya juga wangi. Selepas menggunakannya pula terasa kulit lebih licin dan sejuk. Walau bagaimanapun, ada area kulit yang kering tu still terasa kering lagi. 

Overall rating, saya bagi 3.5/5. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!