Jumaat, 30 Mac 2018

My New Telescope : Skywatcher Star Travel 102

Akhirnya impian untuk membeli teleskop baharu tercapai. Sebenarnya saya nak beli teleskop Celestron tapi oleh kerana Skywatcher pun boleh tahan juga... then okaylah. Model teleskop saya adalah Skywatcher StarTravel 102 yang dilengkapi dengan Go-To Computerized (SynScan).

Kepada yang berhajat nak beli teleskop... boleh tengok website Optical Universe Scientific Instrument. Ada banyak lagi selain teleskop such as mikroskop dan binokular. Dan yang berada di Kota Kinabalu, boleh klik direct ke FP Page Sabah Optical Instrument (authorized dealer). Kena buat appoinment dulu sebelum beli.

Teleskop baharu saya. Skywatcher Star Travel 102 adalah teleskop refrector. Harga RM1899 sekali dengan dua eyepiece iaitu super 10mm dan super 20mm wide angle serta dilengkapi dengan computerized SynScan.

Panjang telescope adalah 102mm. Tripod stainless steel.

Multi-coated optics berfungsi untuk penglihatan objek yang lebih jelas.

SynScan untuk mencari objek seperti bintang, planet dan objek lain. Sebelum mula mencari objek... perlu setup dulu location ect. kalau tak nanti tak accurate. Boleh guna cable atau bateri AA (8 biji). Yang best kalau ada SynScan ni... tak perlu susah-susah nak mencari objek. Auto finding. Boleh connect ke WiFi (ada adapter) dan smartphone (install Apps).

Yang tak best, tiap kali guna nak kena sambung cable lagi. Actually boleh guna teleskop secara manual tanpa SynScan) tapi boleh gerak bahagian altitude sahaja. Azimuth tak dapat gerak. So kena angkat tripod la jawabnya.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Oleh kerana malam ni bulan sangat cantik, jadi saya fokus kepada bulan sahaja.

Raw picture menerusi teleskop (Waxing gibbous) . Gambar menggunakan smartphone Samsung Note 8. Keadaan sedikit berawan...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Gambar yang dah edit bahagian sharpness dan shadow.
Imej dengan 20mm eyepiece

Yang ni imej dengan super 10mm eyepiece.

10mm eyepiece + zoom dari smartphone.

Memandangkan eyepiece kit saya setakat ni ada yang basic sahaja, jadi tak dapat nak tengok planet... apatah lagi deep object. Dah order 2x barlow lens dan kalau dah sampai nanti... saya akan publish di next post finding yang saya dapat.


Waning Gibbous. Raw pictures. Clear sky

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!