Jumaat, 30 Mac 2018

Misi Cari Makan di Penang 2018 - Part 2

Misi mencari makanan enak masi diteruskan di hari kedua. Pagi... bangun bersiap dan cari breakfast. Dengarnya Nasi Lemak Ali di Lebuh Pantai (tak jauh dari Hotel Merlin) memang popular. Bukan sahaja harganya yang berpatutan tetapi nasi lemaknya memang sedap dan ada sambal yang pedas. Jadi kami pun terus menuju ke sana. 


Memang ramai orang berbaris ketika ni. Apa yang membuatkan nasi lemak ni sedap adalah ianya dibungkus dengan daun pisang yang wamgi serta freshly made on the spot. Boleh add on lauk lain di nasi lemak ni such as sambal ikan, sotong, udang etc.

Then kami makan di Padang Kota Lama

Walaupun saya kurang sikit makan pedas tapi nasi lemak ni memang sedap. Harga... RM2.50 kot kalau tak silap.
Lepas makan... terus menuju ke Muzium Coklat yang memang tak jauh dari sana juga. Tiket masuk RM14. Boleh belajar mengenai asal usul coklat sambil menikmati coklat yang ada dijual di kedainya.





Ada glow in the dark! 


Then, terus bergerak untuk street arts hunting bermula di Lebuh Armenian. Bangunan di sini diwartakan sebagai UNESCO World Heritage. So memang kena pergi Penang juga tau!






Ada banyak lagi gambar-gambar street arts yang berjaya diambil selain dari yang dipaparkan di dalam blog ni. 

Oleh kerana kami berdua hanya berjalan kaki dan matahari pun agak terik... so kami beli topi (RM5) sebab malas nak guna payung. Sambil tu... makan ais ball yang popular pada zaman 70an dulu. 


Amik perisa Sarsi (friend) dan Laici (me).
Tak lama lepas tu pergi minum jus kelapa dan coconut shake lagi. Maklumlah masa kami tengah bercuti ni... actually adalah weekdays. Jadi orang lain semuanya kerja. Memang tak dapat lari dari kena cari oleh orang office juga. So sambil duduk minum... sambil melayan kerja sat.


Masa tengahari yang panas... best kalau dapat minum air kelapa. Boleh duduk lepak di Cafe Busy Bodhi.

Masjid Melayu Lebuh Acheh. Masjid lama yang dibina pada tahun 1808. Walaupun begitu, kawasan masjid ni begitu bersih termasuk tandasnya yang tip top.

Meneruskan perjalanan ke Muzium Hantu atau Ghost Museum. Entry penuh berkenaan pengalaman kami ke muzium ini boleh dilihat DI SINI.

Tandas pun scary. Macam mana ni?

Me with Ju On.
Selesai sahaja di Muzium Hantu, terus jalan kaki ke area Pasar Chowrasta. Sebelum tu singgah makan cendol paling famous di Georgetown.
Tak pernah tak ramai orang. Sentiasa berbaris panjang.

Boleh makan sini atau tarpau. Makan dalam mangkuk sambil berdiri lagi best.


Makan time panas-panas... memang best.
Tak cukup dengan itu... terus singgah makan di nasi kandar Hammediyah... restoran nasi kandar tertua di Penang. Fuh! Heaven.

Tak jauh dari sana.... ada kedai Jeruk Madu Pak Ali... jeruk paling popular di Penang. Kalau pergi Penang memang kena beli Jeruk Madu Pak Ali. Rangup... tak masam, masin dan tak sakit tekak kalau makan. Rahsianya? Cuka epal. Ada banyak jenis jeruk yang ada. Sengkuang, betik, buah pala, kedondong etc.


Jeruk-jeruk ni kalau beli banyak memang berat. Sebab tu  kami dah beli siap-siap luggage weight Air Asia supaya tak kena cas lebih di kemudian hari. Oleh kerana berat... jadi balik hotel naik Grab Taxi.

Dah tu.... rehat sebentar di bilik dan oleh kerana kaki tak sakit lagi, terus mulakan perjalanan ke shopping mall Paragon dan Gurney Plaza. Sambil berjalan sambil melantak. Cari makanan Jepun pula. 

Selepas tu.... balik hotel. Dah jam 9.30PM takkan tak balik lagi.
Esoknya masa dah nak balik... cari makan kat restoran yang ada si airport. Maklumlah... flight pagi jam 10AM. Tak sempat dah nak singgah ke mana-mana lagi. Jadi breakfast kali ni adalah mihun goreng, ikan sardin dan telur goreng.


Dah tu dalam flight makan lagi. Kung pou chicken with rice. Must eat.

Sampai ke KK, terus singgah ke IMAGO. Yalah. Nak buat apa juga kalau duduk rumah. Makan di Beyond Veggie. Restoran vegetarian yang sedap di IMAGO. Set tofu asam pedas. Fuh. Terbaik.

Sekian sahaja trip jalan-jalan cari makan di Penang kali ni. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!