Jumaat, 23 Mac 2018

Misi Cari Makan di Penang 2018 - Part 1

Walaupun short trip tiga hari dua malam (11-13 Mac 2018)... tapi kami berjaya menggunakan masa dengan sebaiknya. Terutama ketika mencari makan. Penang memang syurga makanan. We ♡ Penang! 

Sampai sahaja di Penang dah petang. Kami terus ambil taxi (fee RM44) menuju ke hotel.

Kami menginap di Merlin Hotel, iaitu hotel paling strategik kerana terletak tak jauh dari Padang Kota Lama (5 minit jalan kaki) dan bersebelahan dengan 3D Trick Art Museum. Antara kedai lain yang berdekatan dengan hotel ini ialah Merlin Nasi Kandar (tingkat bawah hotel), 7 Eleven dan restoran Subway. Yang bestnya hotel ni juga tak jauh daripada kawasan Penang street arts dan beberapa muzium lain. Harga untuk dua malam hanya RM216 sahaja (Booking dari Agoda.com). Sangat berbaloi and pastinya akan menginap di sini lagi.


Thank you Merlin Hotel untuk fasiliti yang superb!

Studio room. Bilik yang luas


Bathroom pun luas

Tempat iron baju dan water dispenser juga disediakan. Note - Hotel ini tiada lif. 
Lepas sahaja check in, terus turun menuju ke Padang Kota Lama. Bangunan di area ni semuanya klasik. Cantik dan sesuai untuk photoshoot. Selain tu ada tempat untuk riadah dan santai di padang yang luas. Kalau berhajat nak jalan ke tempat lain tapi tak nak jalan kaki... boleh sewa basikal. Basikal available di kaki lima. (Macam style di Singapore). 


Antara tempat famous kalau nak makan best... boleh ke food court Padang Kota Lama. Macam-macam ada kat sini. Rojak pasembur, kerang bakar, sotong kangkung, mi udang etc. Memang heaven. Kami dah list apa benda nak makan. Mulakan dengan sotong kangkung. Potion besar okay! Satu pinggan boleh makan untuk dua orang.

Lepas tu makan kerang bakar. ♡_♡

Jangan lupa order lai chi kang. 

Pasembur ♡♡♡. Pilih sendiri nak lauk apa. Ada ketam, udang, tauhu, fishcake etc... Macam-macam!


Suasana di food court. Selalu penuh di sini.
Lepas sahaja kenyang makan... terus jalan-jalan di sekitar sambil bagi turun makanan tu dulu. 
Lady justice di kawasan mahkamah

I ♡ Penang




Queen Victoria Memorial Clock Tower

Dah pusing-pusing kawasan... kami balik semula ke Padang Kota Lama sebab ada banyak booth makanan dibuka. Rupanya ada event kat sini dan semua makanan boleh dijamu secara percuma. Memang tepat pada masanya kami datang ke Penang.

Lampu DIY ni lebih cantik di waktu malam.

Tapi kalau dah namanya makanan free.... punyalah ramai orang datang. Nak berbaris panjang! Tapi makanan free kat sini memang best la. Ada char kuew tiaw, nasi lemak, ABC dan lain-lain. Memang banyak.

Akhirnya kami dapat makan putu mayong ni. Adoii... sedapnya. Makan dengan gula merah ♡

Suasana event time tu.

Lepas tu kami balik ke hotel. Sebelum balik... singgah sebentar ke 7 Eleven pergi beli air. Walaupun dah dapat air minuman free tadi... tapi kena beli lebih skit untuk back up. Then terjumpa pula Evian limited edition by Chiara Ferragni, a famos fashion blogger (jom tengok blog Chiara di The Blonde Salad). Ada dua color available.... pink and blue.

Sambung di Part 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!