Sabtu, 31 Mac 2018

Kulit Putih Tapi Nampak Tak Natural

Ya. Sekarang ni ramai orang nak kulit yang putih. Pendek kata.... putih gebu. Macam-macam produk sekarang ada dijual. Brightening collagen la, krim pemutih dalam masa sehari la, losyen pemutih la... tapi pelik... kenapa ada yang putih nampak tak natural? Adakah produk-produk yang dijual ni betul-betul berkesan atau sekadar nak mengaut keuntungan sahaja?

Saya skeptik skit pasal ni. Yalah. Ada yang promote kolagen yang ni bagus la apa la. Consume setiap hari then terus kulit akan jadi putih gebu bagai. Tapi orang yang duk promote tu pun sebenarnya sebelum ni tak makan pun kolagen tu tapi dan memang tersedia putih. Yang lebih sadis... rupanya orang tu pergi buat suntikan pemutih kulit. Memandangkan nak bagi laku produk dia, so dia kata la dia makan produk tu setiap hari untuk memutihkan kulit.

Ya. Putih memang cantik. Tetapi kalau kulit tu putih macam kena bleach... Memang tak lawa la. Kononnya nak jadi putih pink pink la ni... lepas tu posing maut kat dalam IG siap dengan contact lens dan bulu mata palsu lagi.  Whatever. Tapi kena ingat. Jangan la nak jadi putih sangat sampai sanggup nak bleach warna kulit. Perlu tau kesannya juga... such as kena kanser kulit. Bagi saya, apa-apa warna tona kulit pun cantik, asalkan ianya semulajadi. Tak perlu nak suntik-suntik la ya? Tak natural.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!