Ahad, 4 Mac 2018

KPI Tercapai

(Masa tulis post ini... saya berada di dalam kapal terbang. On the way balik ke BKI).

Yeay! Akhirnya KPI "travel ke tiga buah negara berlainan dalam masa setahun"dah tercapai. Saya pilih ke Hong Kong (China), Brunei dan Singapura. Walaupun dekat, consider luar negara juga la. Hehe. Lepas ni kalau terbang lagi... kira additional KPI sahaja. Tahun depan pun dah set nak ke mana. Hopefully semuanya berjalan lancar. Walaupun kaki lenguh, tapi jalan backpackers style ni memang best. Tak payah bawa barang banyak. Nak ke mana pun sukahati suka badan.  Plus... urban hiking, memang banyak tempat boleh explore. Escpecially the hidden gems.

Anyway, kalau travel perlu bawa kad kredit. Kalau tak ada kad... aiyo... susah skit oo. Nanti di next post saya boleh cerita kebaikan kad kredit ni. Kebanyakan orang ingat kad kredit ni ingat HUTANG. Actually kad kredit juga membawa banyak kebaikan.

Selain itu, wishlist untuk tahun ni pun banyak yang tercapai juga. Contohnya saya nak sangat small bagpack TNF... akhirnya dapat juga. Hiking watch and sport shoes yang saya minat pun dah beli. Yiiippiii!!! Wishingmore lucks to go :-)

Ada satu KPI lagi yang masih belum tercapai. Mungkin nampak macam ntah apa-apa tapi nak buat jugak. Urban hiking start dari terminal Labuan sampai ke Tanjung Kubong. Rasa-rasa boleh tercapai tak. Kena cari kasut yang betul-betul for long walk dan go-ga-mat. Kalau tak...hadoiii. Kaki 'semut-semut' juga weh.

Okay. Nantikan post Trip to Singapore saya. Usually saya tak cerita dulu saya ke mana sebelum keluar poat throwback. Tapi oleh kerana trip kali ni dah 'leaked' awal-awal (saya pun tak faham apasal ramai orang beriya nak tau saya ke mana. Sebok gila. Kalau tak bagitau... sanggup korek rahsia pi tempat lain). So kali ni saya accept sajalah trip saya kali ni dah leaked. -_- hisshh....

Okay la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!