Isnin, 5 Mac 2018

Kebaikan & Keburukan Kad Kredit

Kad kredit ni ada baik dan buruknya. Kunci  penggunaan kredit ialah DISIPLIN. Sekiranya tiada disiplin, maka akan timbullah masalah keberhutangan, malah boleh menjadi serius.

Maksudnya, sebaik sahaja menggunakan kad kredit, cepat-cepat pergi bayar balik. Kalau lambat bayar... nanti kena cas interest. Sekarangdah boleh bayar online. Tak perlu susah-susah bank in di cash deposite machine.

Lagi satu... kawal perbelanjaan. Kalau time tu rasa-rasa tak mampu nak bayar balik dalam tempoh masa yang ditentukan, janganlah shopping dulu. Takut nanti terjebak menjadi shopaholic. Sebab kalau dah guna kad kredit ni... tak rasa duit tu banyak mana dah guna.

Okay jom kita tengok apa kebaikan dan keburukan kad kredit.

KEBAIKAN
  1. Tak perlu bawa cash money yang banyak untuk membeli barang. Lebih selamat (tak boleh rompak kad kredit), cepat (tak perlu nak kira duit) dan tak perlu beratkan dompet dengan cash money yang banyak.
  2. Diskaun lebih. Pembelian barang dengan menggunakan kadang-kala akan diberi diskaun. Contohnya kalau beli tiket... boleh dapat diskaun kalau beli dengan Master Card atau Visa.
  3. Penting untuk kecemasan. Kad kredit boleh menjadi penyelamat sekiranya suatu kejadian berlaku dan melibatkan penggunaan wang. Contohnya di luar negara. Apa-apapun... kalau nak ke luar negara mesti kena bawa kad kredit juga. Takut masa tu cash money tak cukup atau terjadi apa-apa masalah lain yang memerlukan wang.
  4. Rebate. Ada certain kad kredit yang menawarkan rebate apabila kita menggunakannya. Contohnya CIMB Master Card Cash Rebate. Lagi banyak belanja... lagi banyak dapat rebate.
  5. World wide accepted. Kalau guna kad kredit di luar negara tak perlu susah-susah nak activate macam debit card. Semua tempat menerimapakai kad kredit terutama Master Card, Visa dan American Express.
  6. Security. Pembayaran kad kredit sekarang juga memerlukan pin. So tak boleh suka-suka nak swipe macam tu sahaja. Walau bagaimanapun, sila berhati-hati dengan kad kredit yang ada mode RFID. Take care of your credit card!

KEBURUKAN
  1. Hutang. Kalau tak ada disiplin menggunakan kad kredit, anda akan terjebak dengan masalah keberhutangan! Make sure selepas menggunakan kad kredit, anda terus bayar tau.
  2. Addicted. Oleh kerana kebanyakan retailers dah boleh bayar menggunakan kad kredit, maka dengan swipe macam tu sahaja... kita tak sedar duit kita dah habis banyak mana. Maklumlah.... masa belanja tu bukan nak kira. Swipe kan mudah saja. Nanti lama-lama boleh jadi addicted.
  3. Decline. Antara masalah kad kredit adalah pembayaran decline. Jadi tu yang membuatkan kita stuck di kaunter sempena orang lain berbaris panjang di belakang. Tak pasti sama ada cuaca yang kurang baik di luar atau memang kad kredit kita tu dah mencapai penggunaan maksimum.
  4. Keluarkan duit dari kad kredit adalah masalah. Tahukah anda bahawa anda boleh keluarkan wang menerusi kad kredit. Tapi ianya sama seperti meminjam wang dan interestnya sangat tinggi! Oleh itu, elak keluarkan duit dari kad kredit.
  5. Cas perkhidmatan. Kadang-kala ada pembelian yang mengecas perkhidmatan sekiranya menggunakan kad kredit. Ianya juga lebih mahal dari menggunakan online banking. Contohnya kalau beli tiket kapal terbang... guna kad kredit perlu tambah RM50 sebagai processing fee, berbanding bayaran debit hanya RM4 sahaja.

Salah satu kaedah pembayaran lain selain kad kredit adalah menggunakan kad debit, Samsung Pay, Apple Pay atau sekarang ni dah ada AliPay dan QR Pay. Dunia dah menuju ke IR4.0, oleh itu.... sistem pembayaran juga makin sistematik. Walau bagaimanapun, pembayaran yang lain ini juga ada baik dan buruknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!