Sabtu, 17 Mac 2018

Ghost Museum (Muzium Hantu), Pulau Pinang

Pulau Pinang ada banyak tarikan pelancong. Disamping historical buildings yang telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Sites dan makanan yang best, Pulau Pinang juga mempunyai banyak muzium yang boleh dilawati. Salah satu muzium yang MUST GO adalah Ghost Museum.
Masa nak pergi Penang hari tu, saya ni dah berapa kali cakap kat kawan saya... "jom pergi Muzium Hantu". Lastly kawan saya ni akur jugalah.

Ghost Museum terletak di Lebuh Melayu, berjarak sikit (lebih kurang 10 minit jalan kaki) dari Lebuh Armenian. Kalau nak tengok location dengan lebih tepat... boleh tengok dalam Google Maps atau Waze. 

Tiket masuk ke muzium adalah RM18 (dewasa dengan MyKad). Kanak-kanak dan senior citizen RM8. Kalau student... boleh dapat harga RM10 sahaja. Oleh kerana kami adalah pelajar, so dapatlah beli tiket dengan harga student. Hehe... 

For more info, boleh ke Page Ghost Museum Penang.
Dah sampai!. Dari luar nampak kecil tapi sebenarnya dalam muzium ni luas juga. Kepada yang mudah hilang semangat... mohon consider dua kali untuk masuk ke muzium ni. Tapi kalau nak rasa thrill atau nak tengok sejauh mana level keberanian anda, jom masuk Muzium Hantu. 

Muzium ini terbahagi kepada beberapa kategori. Contohnya kategori hantu Melayu, hantu Cina, zombies, vampires etc. Kategori yang paling saya suka tengok adalah hantu Melayu, Zombie dan Jepun. Setiap check point boleh amik gambar dengan memakai kostum. Kalau tak nak pakai kostum pun boleh juga. 

Nak ceta skit berdasarkan pengalaman... apa yang ada di sini ni (terutama hantu Melayu)... replika yang ada kat sini ni lebih kurang sama ngan gambaran sebenar. Contohnya macam Langsuir... pakai baju putih. Rambut tutup muka. Based on experience, macam tu jugalah rupa dia. Hantu Pisang? Seriously tak suka bunyi benda tu.

Oh ya. Setiap figure hantu dalam muzium ni juga diceritakan sejarah mereka. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni bahagian Hantu Mesir.


Mumia!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni seksyen Zombies. Teringat ceta World War Z dan Resident Evil.


Boleh amik gambar kat sini.

Boleh bergambar dengan kostum. Ignore sahaja muka kami yang ntah apa-apa tu.

Tak tahan gelak sebab masa ni ramai orang lain tengok kami posing. 🤣

Ni adalah toilet tapi sangatlah unik. Siapa yang masuk mesti rasa seram. Hehe.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni area Vampire.
Lukisan di dinding tu memang supercool.

Boleh amik gambar dalam keranda Vampire.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni seksyen Hantu Jepun. Teringat cerita Doraemon yang ada hantu perempuan panjang leher, hantu payung etc.


Orang Jepun percaya kalau malas mengemas barang, hantu akam merasuk barang-barang tersebut.

Kappa. Suka tarik manusia yang tengah berenang di air. 

Hantu Ju-On sedang tengok TV

Gambar glow in the dark.

Ghost Museum juga ada menjual cenderamata seperti mug, keychain dan fridge magnet.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Luar muzium hantu yang menarik.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!