Rabu, 31 Januari 2018

Trip to Hong Kong 2018 - Part 4

Actually Part 4 ni tak ada apa sangat sebab time ni dah nak balik. Kalau ikut itinerary, kami nak pergi Tsing Yi. Tapi tu kalau bawa beg galas sebab senang nak gerak. Ni bawa luggage tarik, malas sungguh nak angkut ke sana ke mari. Saya tak ada masalah juga tapi rakan yang lain pun agak penat kerana beberapa hari kaki lenguh (jalan punya pasal), so we decided to stay at the hostel until check out. 
Awal lagi... jadi saya pun tengok la drama ni. Rasanya ceta ala Power Rangers kot. Tak faham cakap Cantonese. Layan sajalah.
-
-
-
-
-
Dalam jam 1030AM tu... kami dah blah. Actually flight lambat lagi (jam 0800PM). Tapi masa check out jam 1130AM... okay la. So naik MTR ke Tung Chung untuk last minute shopping selagi beg ada ruang dan duit masih ada. Actually saya tak minat shopping tapi oleh kerana Citygate Outlet menawarkan barangan dengan harga yang seriously murah... saya pun beli la skit apa yang patut. Wishlist tercapai. 

Rasa nak membeli backpack yang nampak kecil tapi sebenarnya mempunyai ruang yang luas dan boleh campak barang dalam tu sesuka hati. Comfort... quality bagus, kena brand yang saya trust dan yang penting tak ramai orang pakai kat office. Saya suka jenama The North Face. Kalau di Malaysia... punyalah mahal. Kadang-kadang nak membeli pun berfikir juga. Tengok di Zalora pun tak pernah la nak discount. Di Citygate Outlet boleh dapat harga jauh lebih murah. Okay. For example kasut The North Face. Kalau di Malaysia jual RM400 - RM600 depends on jenis. Di sini boleh dapat RM160 only. Of course its outlet quality by the way. Tapi sama saja sebenarnya. Okay. Beg yang saya nak beli tu berkeley backpack The North Face. Di Malaysia jual RM400. Di sini boleh dapat dalam harga RM100+. Wishlist tercapai.

Brand lain seperti Tumi dan Coach etc pun boleh dapat lebih murah di sini. Kepada peminat Coach... silalah berkunjung ke outlet ni. Orang sentiasa berbaris panjang nak masuk. (Syukur saya bukan kipas susah mati brand Coach). 

Masa buat survey... antara penemuan... Contohnya backpack Tumi di outlet ni boleh dapat RM700 after discount. Di Malaysia RM900+ after discount. By the way, warna tak berapa menarik (its Pink!!!) ... so saya tak jadi beli. Burberry... ada murah sikit tapi tak la sangat murah. Contohnya backpack harga RM6000 after discount boleh dapat RM3500. Tak jauh beza dari Burberry online (buka website Burberry). Beg yang sama after discount boleh dapat harga RM3500 juga. Free shipping. Agak bernasib baik kerana backpack tu berat dan besar... so lupakan wishlist ini. Tak jadi beli.
-
-
-
-
-
-
After outlet... naik bas ke aiport. Ambil bas S1 di bus station Tung Chung. Oleh kerana bas ni dua tingkat dan kalau di KK tak ada bas macam (lagipun kalau ada kereta memang tak akan naik bas la jawabnya) ni kecuali kalau nak jalan jauh ke Menumbok... jadi kami pun try la duduk di tingkat atas. The best view. Bus very systematic... tapi kalau corner punyalah laju. Its okay. Hehe.


-
-
-
-
-
Sampai di airport. Oh ya. Tiket jangan lupa tengok sama ada kapal kat Terminal 1 atau 2. Air Asia biasanya di Terminal 2 la. Oleh kerana makanan halal terhad dan kebanyakannya berada di restricted area such as Popeye dan Oldtown (dalam departure hall. Whyy!!)... so alternatif boleh cari makanan vegetarian atau yang penting bukan daging. 

Antara tempat favorite saya adalah Subway kerana Subway di mana-mana adalah sama. Haha. Saya suka Vege Delite. ♡ Kenapa KK tak ada Subway. Sedihh.

Kalau tak nak makan Subway, boleh ke 7 Eleven cari mi segera Penang (made in Malaysia with JAKIM halal certified). Ada beberapa 7 Eleven di sana... ada yang ada jual mi segera tu... ada yang tak.

Kalau tak nak... boleh cari hot beverage di Starbucks atau Pacific Coffee.

Masa pun panjang lagi dan airport punyalah sejuk. So jalan-jalan pusing ntah ke mana-mana. 


New book. And its management. Bole guna untuk study yet menghiburkan hati + mengisi masa lapang sebab buku ni simple. 
-
-
-
-
-
-
Dah masuk ke departure hall... satu hal lagi menunggu nak terbang. Tapi dalam tu ada banyak kedai. Manatau nak pergi membeli lagi. 

Kalau nak beli rokok dengan harga yang murah... beli la di kedai duty free di airport HK. Actually ada sorang lagi saya tak belikan apa-apa. Beli rokok pun jadilah walaupun tak digalakkan merokok. Dunhill satu pak.... RM80 sahaja. Kalau di sini jual dah beratus harga. Yang lagi best... tak ada gambar orang kena kanser bagai. Hehe... 

Dalam departure hall ni ada hiasan bunga yang cantik. Semua real bunga. ♡♡♡


Real sakura ♡♡♡


Sempat gak bergambar dengan Sakura yang cantik ni. Maklumlah di Malaysia tak ada sakura (ala sakura ada la). 

Okay. End of my journey. Next trip tempat lain pula. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!