Rabu, 31 Januari 2018

Trip to Hong Kong 2018 - Part 3

Okay. Part 3 cerita Hong Kong 2018. Di hari ketiga ni... kami jalan-jalan pusing HK. Free and easy. Tak ada tempat khusus nak pergi. 

Oleh kerana kami ada bawa banyak mi segera... nestum segala... kami pun sarapan dulu dalam bilik sebelum memulakan perjalanan. Dah jimat sedikit $$$. Yeah. Lepas makan terus bersiap dan jalan.

Pagi tu agak sejuk sikit. 14°C dan berangin. Kami pergi Garden of the Stars yang terletak tak jauh dari hostel tempat kami menginap. Jalan kaki lebih kurang 10 minit dan... dah sampai.

Jalan menuju ke Garden of Stars. Kat area ni ada tengah buat construction. Tapi okay. Tak menganggu.

Dah sampai di the Garden of Stars. Ada statue Bruce Lee, Anita Mui dan koleksi tapak tangan HK celebrities. Oh yeah!


Tapak tangan Jackie Chan.

Ini pula Jet Li. Kecil saja lebih kurang tapak tangan saya.

Statue Anita Mui. Antara selebriti paling disayangi di HK.

-
-
-
-
-
Lepas dari the Garden of Stars, kami terus patah balik dan menuju ke Star Ferry (founded in 1888). Salah satu pengangkutan paling murah dan mudah kalau nak ke Wan Chai atau Central (selain naik MTR atau bas). 

Kalau nak naik Star Ferry... boleh pilih nak duduk di lower atau upper deck. Kalau upper deck, pintu masuk berbeza dari lower deck. Perlu naik tangga lagi. Fee juga ada perbezaan sedikit.



Sebelum masuk ke ferry... perlu beli token dulu. Upper deck HKD2.70 sekali jalan ke Central. Untuk lower deck harga token HKD2.10.


Token untuk naik feri.
-
-
-
-
-
Dengan itu boleh nampak pemandangan yang cantik sekali. ♡♡ Better pilih upper deck untuk view yang lebih menarik.



Walaupun perjalanan ni sekejap... tapi best. Macam naik feri ke Labuan pula. Actually agak berombak juga.
-
-
-
-
-
Sampai sahaja di Central, kami amik gambar Hong Kong Observation Wheel. Tak jauh dari pelabuhan. Tapi time kami pergi ni tak buka lagi. Awal sangat. Baru jam 8 lebih. Operating hour untuk HK Observation Wheel bermula jam 10.00AM.
-
-
-
-
-
-
Hajat kami nak makan dim sum di Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Canteen di Wan Chai. So kami jalan naik jejantas dulu untuk sampai ke stesen Central. 

Kalau nak ke masjid ni, boleh pilih untuk turun MTR di Wan Chai atau Causeway Bay. Kami pilih Causeway Bay sebab lebih dekat untuk sampai.

Jalan ke masjid ni bikin pening sikit. Perlu tengok map dengan teliti. (Kalau guna Google Maps untuk cari bangunan yang dekat jarak ni kureng sikit. Arrow tak betul). 

Walaupun dah pernah pergi sini, still sesat sikit. Tapi akhirnya jumpa juga setelah usaha dan memerah kembali ingatan ♡.

Dim sum boleh makan awal (kena pergi tempat dim sum tu then tunjuk nak mana satu. Lepas tu orang tu akan tulis dalam kertas order yamg dia bagi dengan kita masa kita mula-mula duduk). Tapi kalau nak order nasi berlauk, kena tunggu jam 11AM baru ada. Orang yang amik order tu tak berapa pandai cakap English. Jadi banyak guna bahasa isyarat dan tunjuk saja di menu nak makan apa.

Buku menu dan kertas order

Kami pilih... Spring onion fish

Kacang panjang goreng. Memang terbaik

Steam chicken

-
-
-
-
-
-
Lepas tu kami terus menuju ke Wan Chai. Try naik Hong Kong Tramways atau orang HK panggil benda ni Ding Ding (merujuk kepada bunyi tram). Tramway ni dah lama beroperasi (mula tahun 1904) tapi kualiti fizikal sentiasa diubah mengikut peredaran zaman (dulu guna kayu). Fungsinya sama sahaja seperti bas tapi yang ni unik skit. Setiap tram ada nombor dan destinasi tertentu. Boleh tengok map di tempat tunggu tramway macam bus station. Kami nak turun dekat The Peak Tram station... so boleh ambil bas ke Kennedy Town. Fee per person adalah HKD2.30. Perlu sedia wang kecil sebab tak ada pulangan (macam Rapid KL). Kalau nak view best boleh naik ke tingkat atas.



-
-
-
-
-
-
Sampai sahaja ke destinasi... kami melalui bangunan HSBC. Sempat amik gambar dengan singa legend ni. Ada dua ekor singa sebenarnya. P/S - Kenapa saya macam gemuk di sini -_-
-
-
-
-
-
-
Tengok dua ekor singa tu... teringat saya tabung lama di kampung. (Sumber Instagram saya)
-
-
-
-
-
-
Jalan - jalan area Hong Kong Park dulu. Tengok pemandangan yang cantik. Sejuk di sini.

Lepas tu... Singgah tengok Cathedral Church of Saint John the Evangelist. Berhampiran the Peak Tram station, Bank of China Tower dan HSBC building. Sunday service masih dibuat sejak kewujudan church ni sehinggalah sekarang. 
-
-
-
-
-
-
Then ke Duddell Street Steps and Gas Lamps. Lampu gas ni dah lama (wujud pada tahun 1875) tapi masih berfungsi. Salah satu tarikan di HK. ^^ Must see. Area berdekatan tu ada Starbucks dan shopping complex. Kalau nak lepak sana pun boleh sambil tengok pemandangan di sini.

-
-
-
-
-
Hong Kong Zoological and Botanical Gardens. Free access dan ada banyak di binatang boleh dilihat. Memang excited ke sini.

Tempat ni dah dibina lama dahulu (1864) tapi masih kekal cantik dan terpelihara. Binatang dan tumbuhan juga dijaga dengan baik. Oh ya! FYI - Setiap taman di HK disediakan public toilet. Dan kebanyakannya memang bersih. Free tak ada bayaran masuk.

Rehat sambil minum soya bean. Sini banyak tong sampah recycle. Jangan risau.

Cantik ♡♡
-
-
-
-
-
-
-
-
Meneruskan perjalanan ke Central station sebab nak ke Mong Kok pula lepas ni.

Relax dulu di Chater Garden (dinamakan sempena Sir Paul Chater) di Central district of HK sambil tengok view di sini. Boleh nampak teh Bank of China Tower dari jarak dekat.

The Cenotaph. Tak jauh dari the Chater Garden.
-
-
-
-
-
-
-
Sampai Mong Kok. Pergi Decathlon (kedai alat sukan dengan harga termurah)

Di HK jual RM9 sahaja. Tapi beg ni memang bagus. Ringan. Kecil dan senang nak bawa.

Sempena menunggu kawan tengah shopping... saya pergi beli Starbucks. Ice chocolate dan lepas tu pening sebab chocolate pekat.
-
-
-
-
-
-
Lepas dari Mong Kok... kami ke Jordan. Nak pergi Temple Street Night Market.
Tahukah anda bahawa Sandakan juga dikenali sebagai Little Hong Kong kerana dulu kebanyakan bangunan di sana sama macam kat HK. Contohnya macam ni.

Sebelum ke night market... kami singgah di King George Park dulu. Rehatkan minda dan kaki yang lenguh.

Okay. Dah sampai ke Temple Street.

Ni bahagian pasar yang betul-betul pasar. Tak sampai ke area jual souvenir lagi. Buah-buahan di sini juga segar dan murah.

Ni yang area jual souvenirs. 

Sebenarnya di sini ada buka booths fortune teller. Haa... tapi bila dah gelap (jam 7PM ke atas) baru ramai yang buka booths. Satu kali sesi dicas antara HKD150 ke atas. Tengok apa yang nak ditilik. Ada yang boleh cakap Bahasa Inggeris. Area fortune teller tu ke belakang sikit dari night market yang jual souvenir tu.
Berdekatan dengan taman ni. Tak ingat dah apa nama taman ni. Selain tu, berdekatan juga dengan library.



Selain fortune teller.... area sini juga ada jual religious things dan... errr... barangan xxx. Tapi di HK ni dah biasa dengan benda macam ni. So kami pun buat tak tau saja.

P/S - Actually selepas area fortune teller.... di sebelah belakang tu ada lagi jual barangan souvenirs. Dengan harga lebih murah. Contohnya pendrive 64GB... kalau di area depan Temple Street tu jual 8 unit dengan harga HKD100, yang sebelah belakang pula jual 12 unit dengan harga yang sama. Kebanyakannya "no photo". Jadi tak dapat nak amik gambar banyak. Nanti tak pasal-pasal kena marah.
-
-
-
-
-
-
Last sekali... balik ke Chung King Mansion dan cari makan. Makan di halal chinese food. Simple saja. Ayam goreng rangup dan sayur kubis goreng. Macam rasa makan kat rumah. Tapi sedap.

Sambung Part 4 di next post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!