Rabu, 31 Januari 2018

Trip to Hong Kong 2018 - Part 2

Cerita Part 2 di Hong Kong 2018. Tempat yang tak pernah miss untuk pergi... Hong Kong Disneyland Resort. Sebab kenapa tak pernah miss? Sebab tiap kali saya ke HK... partners lain-lain. Mereka mesti nak pergi ke HK Disneyland. So saya kena ikut juga. Hehehe...

Okay. By the way, kalau nak ke Disneyland... baik pergi masa weekdays/masa orang tak cuti or else; ramai orang. Actually bukan hujung minggu pun still ramai orang juga, tapi better than weekends la. At least tak perlu baris panjang sampai sejam.

Salah satu transport nak ke Disneyland adalah dengan MTR. Transit ke line Sunny Bay then dalam masa beberapa minit dah sampai ke Disneyland. Kalau nak naik taxi atau bas atau Grab ke... terpulang la. 

Yeay! Disneyland buka jam 10AM... jadi kalau nak lambat sikit gerak dari hotel pun tak ada masalah. 


Sempena menunggu gate Disneyland buka... boleh menikmati pemandangan sekitar Disney.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebelum masuk gate, perlu melalui security check dulu. Semua beg akan dibuka dan... oh ya! Dilarang bawa monopod okay.

Keadaan gate Disneyland. Ramai orang queue menunggu nak masuk. Cepat buka gate!

Kami dah beli tiket awal, so tak perlu baris lagi. Sekarang dah boleh scan guna QR Code. Tak perlu claim tiket di kiosk dah.  

Dan harga tiket Disneyland juga dah naik. Tahun lepas harga HKD589. Start 2018 harga dah naik kepada HKD619. Tapi yang bestnya Disney ada buat special package iaitu harga tiket termasuk choice of free waffle atau voucher HKD50 untuk sebarang merchandise. Saya pilih voucher.

Disneyland sekarnag tengah mengalami renovation. Sleeping Beauty castle, cityhall dan train are not available. But its okay...


Masuk sahaja gate, anda akan bermula dari the famos Main Street USA. Jangan lupa amik map Disney untuk memudahkan perjalanan. Anda juga boleh mememuat turun dari Google Play - Disneyland Hong Kong. Lebih mudah sebab boleh tengok setiap game tu perlu berbaris berapa minit untuk main. 


My favorite Coca Cola box! ♡ another angle.

Sempena nak dekat CNY ni... Disney pun tak ketinggalan untuk menghiasi taman tema. Mickey Mouse pun siap pakai changshan.

Tomorrowland. Oh yeah! Jangan lupa roller coaster.

Nak ceta sikit berkenaan Cinderella Carousel ni. Actually setiap kuda berlainan rupa. Berdasarkan pemerhatian... ramai yang suka kuda yang ni sebab nampak paling cantik. Hehehe.... Sebenarnya kami pun nak tunggang yang ni juga tapi ada budak tu dah cop awal. Huh! Melepas.

Dapat kuda lain pun jadi la. Weeee..........


Disney theater. 3D tapi siap ada effect lagi.


Ni adalah sotong panggang (dengan aroma yang paling buat orang jadi lapar). Tiap kali ke Disney mesti beli benda ni. HKD38. Sekarang dah ada dua perisa. Spicy and original. Kepada yang datang ke HK Disneyland... jangan lupa rasa sotong panggang ni. Saya makan sotong ni dah 3/4

Rumah tarzan.

HK Disneyland juga menyediakan makanan halal (certified). Oleh kerana dah dua tahun tahun Tahitian Cafe tutup... so kami makan di Explorer's Club. Harga boleh tahan tapi berbaloi. Saya makan vegetable curry combo... harga HKD119. Not bad. Rasa pun sedap juga.


Antara menu lain yang menjadi pilihan ialah nasi ayam hainan, nasi goreng, Japanese bento dan lain-lain. Ada banyak jenis. Semua sedap.


Mystic Manor. 

Hiasan dalam Mystic Manor

Toy Story land.



Magical forest

Star Wars!

Sempat bergambar dengan Tigger!

Iron Man Expo. Limited edition. Cepat pergi sebelum terlambat.

Sebelum Iron Man sampai... ada intro dulu dari amoi ni.



Iron Man! Macam real dalam TV sebab bercakap dengan suara Tony Stark. Kalau nak amik gambar dengan Iron Man pun boleh juga.

Sempena Tahun Baru Cina, Disneyland HK juga menjual barangan CNY. Limited edition.


Keadaan Disneyland HK pada waktu malam. Ada street parade... start jam 8PM tapi kami dah tak larat... so balik la.

Kali ni bergambar di gerbang Disneyland pada waktu malam pula.

Naik MTR. Bye Disneyland. See you again.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!