Rabu, 31 Januari 2018

Trip to Hong Kong 2018 - Part 1

My all-time favorite place... Hong Kong. We meet again in 2018 (4 days and 3 nights trip, 25-28 January). ♡♡♡ Kali ni pergi bertiga pula. Me and my two staff. Bawa mereka jalan-jalan untuk hilangkan stress di office dan dapat menikmati pemandangan yang berbeza. Cerita sikit mengenai trip to Hong Kong... first time pergi masa tahun 2016, dengan rakan-rakan sekerja. Second time adalah tahun 2017... with my childhood friend. Tahun 2018 adalah kali ketiga saya visit tempat ni... and mungkin tahun depan pun pergi juga kot? Who knows. 

By the way, Januari adalah bulan di mana Hong Kong mengalami winter. Jadi cuaca memang sejuk. Awal bulan Januari lagi sengsara kerana cuaca gila-gila macam nak beku orang dibuatnya. 6°C. SEJUK! Two of my friends pergi HK awal skit dari saya. So mereka yang terkena kesejukan itu. Then masa kami melawat HK... cuaca naik sikit kepada 14°C - 19°C which is sejuk dan berangin tapi tak extreme macam sebelumnya. Tiba-tiba masa dah pulang dari HK... bila tengok weather status... cuaca kat sana drop pula kepada 9°C. What a blessed. Syukur masa kami pergi tu cuaca just nice. ^^♡

Kalau dari Kota Kinabalu... ada dua flight ke HK. Tapi kami amik flight pagi jam 0645AM supaya boleh jalan-jalan awal skit. Sampai HK dalam jam 0935AM. Makanan Air Asia memang sedap. This time saya jadi vegetarian. Order rice with tofu pilaf. Menu baharu Air Asia memandangkan nasi goreng vegetarian dah tak ada :-(

Airport HK. Dah nak dekat CNY...so banyak hiasan dibuat. Tahun ni adalah the year of Dog. 

Jangan lupa masa di airport tu beli tourist simcard dengan harga HKD88 sahaja untuk 5 hari. Boleh cari di Ground Floor airport di kedai 1010. Orang kedai tu agak tak mesra juga la.. hehe. Lepas tu suruh beli yang simcard untuk kegunaan 8 hari (HKD112). Bagitau saja tak nak. Nak yang 5 days only.

From airport boleh naik bas S1 atau S64 ke Tung Chung station. Sediakan duit kecil kerana bas tak ada returned money. Fare hanyalah HKD3.50 sahaja. Bayar macam Rapid Bus. Masukkan duit dalam mesin. Boleh juga guna Octopus card tapi kami tak apply card tu. (Lebih kurang macam Touch and Go card).

Oleh kerana kami bawa lugage dan menunggu masa check in tiba, boleh drop beg di Citygate Outlet di Tung Chung. Pergi ke tingkat B2 atau B3. Satu locker small akan dicas HKD10 dan large size HKD20 untuk dua jam pertama.

Destinasi pertama kami adalah Ngong Ping. Sekarang cable car dah fully function sebelah major renovation. Kalau nak murah boleh naik bas tapi perjalanan makan masa selama sejam ke Ngong Ping. So kami pun naik cable car sebab bukan selalu dapat naik benda ni + lebih cepat. Unfortunately, fare rate untuk cable car dah naik. Dulu standard cabin hanya HKD185 pulang balik. Sekarang dah HKD210 okay. Lebih kurang RM105 macam tu la kalau comvert duit Malaysia. 


Apa-apapun, perjalanan dengan cable car memang tak merugikan. Boleh tengok pemandangan yang magnificant. Boleh riki trail ke Ngong Ping (manatau next time nak hiking sini). 

Tak pasti apa benda ni tapi macam terowong dasar laut. Nantikan resultnya.
-
-
-
-
-
-
-
-
Akhirnya sampai ke Ngong Ping village. Second time ke sini. Yeah!


Satu satunya makanan halal (certified) di sini. Ebeneezer's Kebabs and Pizzeria. Saya makan vegetable curry. HKD119. Actually makanan halal memang mahal sikit la harganya tapi kira okay juga la. By the way... disebelah kedai ni ada Subway dan Starbucks which are still okay for me. 




Lembu ni dah besar dah. Dan sangat manja okay. Masa 2016 still kecil lagi. Sekarang dah bujang. Hehe.


Kami climb up pergi Tian Tan Buddha iaitu sebuah bronze statue yang siap dibina pada tahun 1993. Lenguh juga kaki nak naik ke sini tapi berbaloi.


Patung Buddha ni sangat besar okay. Very sacred dan jangan buat benda yang bukan-bukan kat sini.

-
-
-
-
-
-
-
-
Naik ke Tian Tan Buddha tu ramai orang. Tapi ada tempat yang lebih sunyi dan mendamaikan. Wisdom Path yag terletak tak jauh dari Po Lin Monastery. Boleh tengok signboard kalau nak pergi sini. Actually tempat ni adalah untuk menuju ke trail hiking tapi boleh saja kalau nak jalan-jalan di sekitar ni.


Di sini ada private properties. So boleh nampak abandoned restaurant, rumah dan hostel. Comel saja rumah kat sini. Creepy juga la kalau tengok rumah yang ditinggalkan tu tapi cam best juga.

Jalan menuju ke Wisdom Path.

Yang ni kalau nak pergi hiking... boleh mula dari sini. Ada tiga trails berlainan kalau tak silap saya.

Inilah tempat yang saya nak pergi. Wisdom Path iaitu ayat dari Heart Sutra yang menceritakan essence tought of Buddha dan kehidupan alam semesta.




-
-
-
-
-
-
-
-


Lepas dari Wisdom Path, kami singgah ke the famous Po Lin Monastery.
-
-
-
-
-
-
-
-
Kali ni kami tinggal di Marigold Hostel di Chung King Mansion, Tsim Sha Tsui sebab hostel tu offer tiga single bed. Hostel lain biasanya offer satu queen bed dan satu single bed (kalau stay bertiga). Sebelum ni tinggal di Maridor Mansion (bersebelahan dengan Chung King Mansion sahaja). Tapi rasanya Chung King Mansion lagi better dari segi fasiliti lift yang lebih teratur dan banyak makanan halal di dalam ni. Location pun tak jauh dari Victoria Harbour, 24 hour stores, subway dan shopping complex... jadi kiranya memang premium location.


Kalau nak cari hostel anda, pastikan tau kedudukan hostel tu. Seperti hostel kami ni terletak di blok D... so kena cari lift D. Ada dua lif. Sebelah kanan nombor ganjil. Sebelah kiri nombor genap. Jangan salah naik pula ya!
-
-
-
-
-
-
-
-
Honestly penginapan di HK agak mahal sedikit. Kalau ambil yang bajet hostel... jangan expect akan dapat bilik yang luas. Memang sempit dan cukup-cukup ruang untuk tidur, simpan beg dan solat. By the way, fasiliti tip top. Ada water heater, peti ais, tuala, WiFi dan TV. Air minuman dan microwave untuk heat makanan juga disediakan di luar bilik. Some hostels offer air condition tapi kali ni kami dapat kipas pula. Okay juga la sebab HK tengah sejuk sekarang.


Sempit. Hehe. Kena naik atas katil lain untuk crossing ke katil sebelah. Tapi tilam dan selimut kita empuk juga.

No view this time. Huaaaaa...

Tapi tandas lebih luas dari trip sebelum ni.


Nak buat perbandingan sedikit. Trip yang dulu dapat bilik yang lebih nice dan ada city view. Tapi tak apa juga sebab hostel ni untuk tidur sahaja. Lain-lain kebanyakan masa memang berada di luar. 
-
-
-
-
-
-
-
-
Malam tu lepas rehat sebentar... kami ke Victoria Harbour untuk tengok Symphony of Light yang akan berlangsung pada jam 8 malam setiap hari. Kena cop tempat awal-awal... kalau tak... tak dapat view menarik.





Lepas sesi tu... kami jalan-jalan area garden berdekatan. Ni kira tempat baharu untuk melepak. Memang cantik kat sini.

-
-
-
-
-
-
-
-
Oleh kerana lapar...so kami cari makan. Kat sini kalau nak cari halal lain sikit. Tak perlu susah payah cari kedai... Biasanya akan ada orang approach kita bagitau ' looking for halal food?'. Kalau kita kata ya... orang tu akan bawa kita ke restoran mereka. Atau mereka simply akan bagi brosur kepada kita. 

Kebanyakan makanan halal di Tsim Sha Tsui ni Middle East atau Indian cuisine. Chinese food susah skit nak jumpa tapi ada satu kedai tu offer halal Chinese cuisine juga. (Nanti ceta di next page). 



After makan.... balik tidur. Esok sambung itinerary day two. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!