Isnin, 19 Februari 2018

Trip to Brunei Darussalam 2018 - Part 1

Pada 17-18 Februari 2018, Geng Kepsi sekali lagi mengadakan budget trip dan kali ni ke Brunei Darussalam. Memandangkan waktu tu adalah cuti Chinese New Year... jadi senang sikit nak berjalan. Actually road trip sahaja. Luas mata memandang... Lagipun sekarang dah senang nak buat urusan di border berbanding dahulu.

Okay. Perjalanan dari Kota Kinabalu - Brunei mengambil masa lebih kurang 5 atau 6 jam (ikut kelajuan kereta). Tak akan rasa boring kerana banyak jumpa pekan atau check point. Perjalanan ke sana ada unik sikit sebab kena cop passport di Lawas (Sarawak, Malaysia) - Temburong (Brunei) - Limbang (Sarawak, Malaysia) - Bandar Sri Begawan (Brunei). Walaupun beberapa kali kena cop passport... Tapi dah senang sebab all drive through. Kecuali semasa nak masuk Temburong... perlu ready salinan kad kereta untuk checking dan perlu isi borang kereta untuk masuk ke Brunei. Oh ya. Sekarang tak perlu dah naik feri untuk crossing border lagi. Dah boleh guna jalan raya.

Tips... Apa yang diperlukan untuk masuk ke Brunei?

  • Passport antarabangsa (MERAH. Renew RM150 untuk 5 tahun) atau Passport ke Brunei (BIRU. Buat hanya RM50). Boleh buat di kaunter imigresen atau UTC.
  • Salinan kad kereta untuk pegawai Kastam Brunei cek sewaktu nak masuk Temburong. Lepas tu akan diberi borang untuk diisi. Borang tu tak boleh hilang dan perlu dibawa setiap kali kalau nak ke Brunei (macam passport untuk keta).
  • Kalau nak isi minyak kereta... baik isi kat Limbang kerana minyak keta untuk non resident di Brunei berbeza harga dengan resident Brunei.

Okay. Itinerary perjalanan seperti berikut:

Kami gerak dari rumah dalam jam 6AM. Kena awal supaya tak buang masa di Brunei nanti. Ini masa di Sindumin nak ke luar border ke Lawas, Sarawak. Welcome to Sarawak!

Imigresen Malaysia dan Brunei berada tak jauh antara satu sama lain.



Memang banyak kali akan jumpa imigresen untuk cop passport. Ini border nak ke Temburong, Brunei. Tak sampai lagi okay. Perlu lalu Limbang lagi lepas ni.


Dalam perjalanan, singgah dulu di Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi. Saja amik angin.

Ada masanya laluan di border boleh jadi sesak.
Jangan lupa kad kereta okay! Untuk check di Kastam (sebelah kaunter imigresen sahaja).
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tak nak ceta panjang berkenaan laluan di border. Ceta bila dah masuk ke Bandar Sri Begawan pula. 

Tempat pertama yang kami singgah adalah Tasik Lugu. Apa yang best adalah air di tasik ni berwarna biru kehijauan... dan memang cantik la. Kalau nak mandi... diving... kayak... boleh ke Tasik Lugu. Di tepi tasik juga ada beberapa gerai kecil menjual makanan dan minuman. Saya sempat beli air tebu (orang Brunei kata aing gelagah). Harga $1 (disebut satu ringgit). 



Tak pasti apakah sejarah Tasik Lugu tapi based on the other blog... katanya tasik ni dulu sebenarnya tak ada. Tapi after construction yang tak jadi nak buat, suddenly tempat yang kena korek tu bertukar jadi mini lake which is Tasik Lugu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lepas sahaja dari Tasik Lugu, kami cari makan. Salah satu makanan paling famos di Brunei adalah Nasi Katok. Nasi putih (di Brunei makan beras wangi) + ayam goreng rangup beserta sambal yang hanya dijual dengan harga $1. Kalau convert duit Malaysia... lebih kurang dalam RM3.

Makanan di Brunei kira murah juga tapi kalau dah convert duit Malaysia, of course nampak mahalnya. Murah macam mana? Contohnya empat biji pulut panggang dijual dengan harga $1. Kebab daging... tiga biji $5. The (famos) corned beef boleh dapat harga $3.40 setin. Kalau di Brunei MESTI makan nasi goreng corned beef, burger kampung kambing, tumpi dan nasi katok. ♡. 

Berbalik kepada cerita tadi. Kami makan Nasi Katok di Restoran Kaka. Nasi Katok di Brunei berbeza sedikit dengan Nasi Katok di Sabah. Next page saya tunjuk apa yang bezanya.

Boleh cuba makan di sini. Harga Nasi Katok $1 dan kalau nak take away pula harga $1.50. Actually bagi saya air minuman yang agak pricey skit. Total makan di sini untuk empat orang (nasi katok + minuman) semuanya $14.50.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Untuk jimat, kami tinggal di Hotel Jeruton yang terletak di area Jerutong (20 minit dari Gadong iaitu area bandar). Harga satu malam $45... lebih kurang RM133. Hotel ni nampak lama but staff di reception sangat mesra. (Kebanyakan pekerja di Brunei adalah orang Indonesia atau Filipina). Bilik juga luas dan kami dapat katil empuk.

Satu lagi tips ke Brunei adalah... kalau boleh ada kenderaan sendiri kerana susah nak cari taxi di sini. Rata-rata ada orang ada kereta sendiri (dan mewah). Ada juga bas awam disediakan tapi macam tak banyak. Based on rakan blog yang lain, ada juga van sapu (van warna putih) tapi payah skit nak dapatkan. Grab atau Uber juga belum diperkenalkan di Brunei pada waktu ini.



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selepas rehat... kami ke Masjid Jame' Asr Hassanal Bolkiah atau Masjid Kiulap yang terletak di daerah Gadong. Ramai pelancong terutama dari China yang juga datang ke mari. Tapi untuk masuk ke dalam masjid perlu ada proper attire seperti yang tertera di signboard. Memang besar masjid ni. Sistem wudu' juga menggunakan paip automatik. Masjid ini juga mempunyai eskelator.





-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kebetulan masa kami datang ke Brunei, dah nak dekat hari kemerdekaan (23 Februari). Oleh itu, boleh nampak banyak bendera Brunei berkibar di kebanyakan tempat.


Jambatan yang bersambung ke Kampong Ayer. Kat sini kampung air berbeza dari kampung air di Sabah. Rumah atas air tapi rumah banglo okay. Lagipun sangat cantik dan sungai pun bersih.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Singgah ke pasar Gadong sebelah The Mall. Memang heaven di sini. Makanan terbaik. Boleh cari makanan murah-murah.





Kebab. Tiga biji untuk $5. Sebiji jual $2. Memang sedap.


Tengah tunggu order. Dua kuey tiaw corned beef... satu mi goreng kerang.

Boleh cari tempat duduk berdekatan untuk mulakan operasi makan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lepas tu terus ke Jerudong Park. Antara tempat yang paling saya tak sabar nak pergi. Masuk ke sini untuk non-resident adalah $20. Tapi kami bernasib baik kerana sempena bulan kemerdekaan Brunei... kami dapat beli tiket masuk dengan harga $45 untuk tiga orang. Boleh main semua permainan + waterpark. Yeah!


Waktu kecil dulu orang selalu sebut Jerudong Park. Kalau ikut ceta kawan-kawan... dulu free kot masuk sini. Ceritanya Sultan Brunei wujudkan tempat ni khas untuk anak-anak baginda. 

Map Jerudong Park.



Boleh pilih nak 4D simulation atau 4D game. Semua tempat adalah free kalau nak main kecuali kawasan ni. Kalau kali kedua masuk ke sini, perlu bayar $3. Tapi masa first time masuk adalah free.

Yang ni permainan boat kayu lalu di air. Lepas tu perlu melepasi jalan yang menjunam. Best. Rasa geli jantung. Haha. 

Double Decker Carousel. Weeeeee!



Main roller coaster. Yang bestnya di Jerudong Park ni tak perlu berbaris macam di Disneyland sampai 30-40 minit. Masuk sahaja then paling kurang pun baris sekejap, lepas tu dah boleh main game. 



Jerudong Park ni kira besar juga. Ala-ala I-city Shah Alam gitu. Ada lampu yang cantik dan taman permainan yang seronok. Please bear in mind... ketika masuk waktu solat, staff akan berhenti bertugas selama 30 minit untuk menunaikan solat. So pengunjung boleh berlegar-legar di sekitar taman dulu sempena semua permainan ditutup buat sementara.

P/S - Sila bawa kipas kecil kerana waktu menunggu tu boleh jadi panas juga. Biasalah negara beriklim khatulistiwa ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lepas tu kami cari kudapan di sekitar taman rekreasi berdekatan Masjid Omar Ali Saifuddin sebab kat sana ramai orang berjualan. Jam 10PM tu masih ada lagi gerai-gerai kecil yang buka. Apa lagi... beli burger kampung terbaik punya rasa. Memang best makan sambil tengok pemandangan sekitar.




Cantik taman ni. Lebih kurang macam di I-City Shah Alam. Kalau nak jalan-jalan ke sekitar boleh sewa basikal elektrik. Ada yang simple dan ada yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bagi menutup tirai pada malam tu, kami singgah balik ke jambatan tadi. Saja nak tengok pemandangan Kampong Ayer di waktu malam. Oleh kerana esok dah nak balik, jadi kena gunakan masa dengan sebaiknya. ^^.



P/S - Pada hari Jumaat waktu solat Jumaat... semua kedai ditutup buat sementara waktu. Jadi waktu tu tak leh nak gi shopping atau makan (saya baca dari blog lain).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!