Khamis, 22 Februari 2018

Trip to Brunei Darussalam 2018 - Part 2

Berjumpa lagi di Part 2 cerita trip to Brunei.

Pagi tu kami check out hotel dan cari breakfast di luar. Kami pun pergi ke Restoran Aneka Rasa yang terletak di Kiulap. Yang penting... makan.





Juadah di Brunei hampir sama macam kat Sabah juga. Kali ni saya pilih untuk makan martabak sayur. Harga $3. Mak aihh. Kalau convert duit Malaysia... dekat RM15 harga martabak ni. -_- Restoran ni pun boleh tahan exclusive gak.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Lepas breakfast, terus jalan-jalan cuci mata. Teringin nak tengok lapangan terbang Brunei. Memang cantik. Hafiz kata dulu tak macam ni. Ni dah semua baharu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Masa on the way tu terus ternampak temple ni. Actually masuk dalam senarai tempat yang nak dilawati tapi oleh kerana ianya tertelak di tepi jalan dan malas nak cari parking dan stop (tengah bandar), jadi decide untuk tengok macam tu saja. Nama temple ni adalah Teng Yun Temple. 

Di Brunei, penduduk berbangsa Cina adalah minoriti. Banding di Sabah... susah skit nak cari temple di sini. Tapi... akhirnya kami jumpa juga ♡

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Destinasi yang kami tuju pagi tu adalah Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei. Di sini la juga terletaknya restoran eksllusif Tarindak D'Seni. Dalam pusat ini ada galeri pameran dan menjual kraftangan tempatan seperti batik, songket dan lain-lain.





-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selepas dari pusat kesenian, tanpa membuang masa kami terus ke Taman Arkeologi di Kota Batu. FYI - Kota Batu merupakan kawasan pentadbiran Brunei yang lama. Terdapat pelbagai barangan antik boleh dilihat di sini. Antaranya manik, batu nisan dan pasu-pasu. Ada juga bekas tinggalan istana dan makam Sultan Bolkiah iaitu Sultan Brunei ke-V.
















Muzium Maritim terletak tak jauh dari sini. Kalau nak jalan kaki ke sana pun boleh juga. (Boleh ikut trail). Tapi cuaca pun panas... jadi kami lebih selesa menaiki kereta. Hehe...


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Masa on the way nak ke Muzium Maritim... akan melalui satu bangunan lama. Ini adalah Muzium Brunei tapi tempat ni dah tutup.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kami dah sampai di Muzium Maritim Brunei. Dalam muzium ni tak boleh amik gambar dan perlu simpan beg di dalam kabinet yang disediakan. So dapat tunjuk gambar bangunan pun jadi la.



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lepas tu kami terus ke Muzium Teknologi Melayu yang terletak di sebelah Muzium Maritim. Kalau nak tau serba sedikit mengenai bangsa Kedayan seperti rumah tradisional dan peralatan yang digunakan, boleh ke muzium ini. 












Sebagai seorang yang berbangsa Kedayan, saya berbangga dapat mengetahui asal usul saya. Susah nak cari sejarah Kedayan sebenarnya. 

Selain itu, saya juga berdarah Tutong. Dan ada campuran Cina. :-)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tempat yang wajib dilawati adalah Muzium Alat Kebesaran Diraja yang terletak si tengah bandar. Seperti biasa... tak boleh amik gambar bila dah masuk ke dalam muzium ini kecuali si kawasan ruang tengah.




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebelum berangkat balik ke Sabah, kami singgah makan tengahari di restoran habu-shabu. Actually restoran ini juga menyediakan masakan lain selain shabu-shabu. Memang sedap makanan di sini.


The famos nasi goreng corned beef. Kalau ke Brunei mesti makan nasi goreng corned beef okay!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jam 4 petang. Tiba masanya untuk balik. Tak boleh balik lambat sangat sebab border tutup jam 10PM... ada satu border lagi tutup jam 12PM. Tak ingat yang mana satu. Sorry!

Semasa dalam perjalanan balik, kami singgah di Sipitang untuk makan malam. Kali ni makan sate Sipitang. Sate Sipitang boleh dijumpai di sepanjang Esplanad Sipitang (tepi pantai). 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Seperti yang dijanji... ini adalah perbezaan Nasi Katok Brunei dan Sabah:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nasi Katok Sabah. Guna beras biasa. Harga RM6. Amount lebih banyak

Nasi Katok Brunei. Guna beras wangi. Harga $1. Boleh minta yang pedas atau tak pedas.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Haaa.... ini adalah corned beef Brunei yang paling digilai. Rasanya berbeza dari corned biasa yang ada di pasaran. Harga ikut jenama dan saiz.


Ini $2.10. 


Ini $5.60. Ada lagi jenama lain selain dari dalam gambar ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!