Khamis, 15 Februari 2018

Tips dan Makanan untuk Kucing Berumur

Tips tengok kucing tu dah berumur atau dah tua...  
  • GIGI. Sekiranya dah tak ada gigi atau tinggal taring sahaja... itu menandakan kucing dah berumur. Biasanya kucing yang dah berumur ni banyak tartar (kalau tuan tak rajin beruskan gigi).
  • KULIT. Cuba pegang kulit kucing tu. Kalau dah rasa tebal... itu juga menandakan kucing dah berumur. Kucing senior juga mempunyai muscle yang lebih banyak berbanding kucing muda berdasarkan jumlah aktiviti yang mereka dah buat sebelum ni.
  • SENSITIVITI. Kucing yang dah tua juga semakin tak berapa nak dengar. Bila kita panggil... buat-buat tak saja. Pandangan mata mereka juga akan semakin berkurangan dan bila tengok mata mereka, akan nampak cloudy dan tak berapa clear. Deria bau juga semakin berkurangan... contohnya bagi catnip pun buat tak peduli.
  • BULU. Bulu kucing berumur ni lebih kasar berbanding kucing yang muda. Juga akan mula timbul grey atau white fur pada bulu mereka. Kengkadang warna bulu juga menjadi semakin pudar.

P/S - Cara kiraan umur kucing adalah berbeza daripada kiraan umur manusia. Dan kucing outdoor juga akan mengalami proses penuaan yang lebih pantas berbanding kucing indoor. 
Kucing berumur memerlukan penjagaan khas mengikut keadaan semasa mereka. Dari segi makanan... memandangkan kucing tua memang dah tak ada gigi, lebih baik bagi makanan yang lembut seperti isi ikan, nasi atau makanan berkuah.

Kucing saya pun kira berumur juga. Gigi pun tinggal gigi taring. Jadi saya akan bagi makanan yang lembut dan berkuah agar kucing senang nak makan. Saya bagi makan kucing saya wetfood pada setiap masa. Salah satu jenama yang saya selalu beli adalah Kenko-chan. Harga satu tin adalah RM5. Saya bagi juga kibbles tapi tu untuk snek saja. Tekstur kibbles juga perlu yang kecil dan senang kucing tu nak makan. Susu yang dirumus khas untuk kucing juga boleh diberikan untuk mempelbagaikan makanan. 

Ini adalah makanan tin berbentuk kuah. Satu tin ni memang tak banyak, jadi saya akan bancuh lagi sedikit dengan air sebab makanan ni kira pekat juga.

Sejak kucing saya makan ni, masalah penghadaman pun dah kurang. Maksudnya kalau dulu jarang nampak kucing tu buang air besar. Sekarang ni dah kerap.

Tekstur makanan tersebut.

Jangan khuatir sekiranya tak jumpa makanan yang totally cair macam ni. Boleh juga beli wetfood biasa tapi pastikan ianya berkuah (in brooth atau soup). Kalau nak beli dalam bentuk moouse atau jelly pun okay tapi memandangkan kucing saya ni memilih sikit dan tak berapa minat yang berjelly, jadi saya tak beli yang tu. 

Untuk lebih jimat, boleh rebus ikan dan gaulkan bersama nasi. Make sure semua tulang dibuang kerana tulang yang menyangkut di gusi boleh menjadikan gusi kucing bengkak. Kalau tak dibuang, gusi akan bernanah dan membuatkan kucing demam serta tiada selera makan. 

Antara kelebihan makanan berkuah ni juga, senang nak bagi makan untuk kucing sakit (force feed). Tarik sahaja kuah ke dalam picagari dan masukkan dalam mulut kucing sedikit demi sedikit. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!