Selasa, 27 Februari 2018

Need More Vacations

Kerja di pejabat sekarang... kalau dah busy... betul-betul busy. Balik pun lewat sebab kerja punya pasal. Tapi dah biasa juga balik lambat, jadi tak hal punya.

Tak lama lagi nak fly dah (1 Mac). 'Terpaksa' meninggalkan kerja sebentar walaupun pada 2 Mac tu ada event besar. Actually ada yang tak settle lagi. Tak check in lagi... itinerary pun tak siap lagi. Kali ni spoil sikit. Ada beberapa tempat nak dituju tapi tu la... nak pilih mana tempat terbaik. Berbekalkan masa yang terhad, pemilihan tempat perlu dibuat dengan teliti. Cheewahh!

Class mula 5 Mac (tak bestnya). Tapi saya ni ada satu trip lagi pada 11 Mac ni. Ngehehehe.... ni la tak pandai puas berjalan. Apa-apapun, saya memang takkan bagitau dimana saya nak pergi travel, until saya dah post dalam blog atau saya sendiri yang buka mulut bagitau di mana saya nak pergi. So kepada yang memaksa sangat nak tau mana saya pergi, mohon maaf... janganlah jadi annoying okay. Malas nak jawab. Sukahati saya nak ke mana pun. Bukan saya guna duit orang tu pun. Ishhh! Geram betul. Sibuk sangat hal orang. Okay. Dah teremosi sikit.

By the way, may this trip fun and enjoy. Semestinya tak sabar nak naik roller coaster. Saya pun tak tau apa pasal saya suka benda macam tu. Roller coaster, solero shot, Paris wheel, masuk rumah hantu etc. Membuatkan saya jadi high sekejap. Hehehe...

Of course tempat yang saya suka pergi juga adalah places with nature view. That's the reason saya pergi travel selain tengok culture di negara orang dan cuba makanan best. Some people pergi travel sebab nak pergi shopping. Yalah. Kalau branded things... di luar negara ni murah sikit. Best gak shopping ni tapi nasib baik la saya bukan jenis gila shopping. Hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!