Khamis, 15 Februari 2018

JJCM : Liew Chai Vegetarian (Wan Chai Food Corner), Centre Point Kota Kinabalu

Kalau nak makan nasi campur vegetarian yang memang sedap dan ekonomi... boleh try di Liew Chai vegetarian yang terletak di area Food Court, Basement, Centre Point, Kota Kinabalu. Bersebelahan dengan kedai nasi ayam.

Saya jarang juga pergi Centre Point tapi kalau pergi sana, akan singgah makan di food court. Salah satu masakan kegemaran saya adalah di sini. 

Nasi putih, makan bersama rebung, kacang panjang rangup (tak berapa nampak dalam gambar ni) dan cucur labu goreng. Rasanya memamg awesome. No complaint at all. Ada banyak lagi menu yang dihidangkan dan semuanya berasaskan sayuran. Sesuai untuk vegan. Yang nak diet pun boleh makan di sini juga. 

Must try!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!