Isnin, 12 Februari 2018

Hujung Minggu Ini

Syukur alhamdulillah... result exam dah keluar dan kiranya okay juga pointer. Tak sangka subjek Law boleh skor. Yeay!

Apa-apapun... minggu ni masih cuti semester lagi. Alangkah seronoknya tak ada kelas malam. Lepas kerja dah boleh balik. Atau pergi gym, atau tengok wayang, atau pergi cari makan... Then boleh plan nak pergi berjalan ke mana-mana(ikut bajet). Tak rindu pun nak masuk kelas actually :-b

Minggu ni akan travel lagi. Selagi KPI belum tercapai... selagi tu akan cuba untuk menunaikan hasrat. This week punya trip tak lama sangat. Nak menghabiskan masa cuti sempena CNY. Tadi nak pergi tukar duit di area 1Borneo, habis pula. So esok plan nak pergi Wisma Merdeka, tempat money changers yang paling banyak pilihan.

Okay. Ceta lain. Akhirnya saya beli shade. Senang sikit nak pergi hiking, driving atau untuk travel etc. Saya ni tak gemar sangat pakai shades. Tak tau kenapa. Dan lagi satu, nak memilih shades yanh sesuai tu punyalah susah. Semua nak try. Mula-mula nak amik yang polarized tapi lepas tu berkenan dengan yang lain pula. Tahun ni macam banyak pula nak membeli belah. Antara senarai lima (5) barangan termasuk:

  1. Large backpack TNF
  2. Backpack T---
  3. Backpack B-------
  4. Telescope
  5. Watch

Berjayakah saya mendapatkan kesemua barangan ini? Kita nantikan jawapannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!