Jumaat, 9 Februari 2018

Hiking : Trail Bukit Botak, Sepangar

Salah satu cara mengisi masa lapang di hujung minggu adalah hiking. Kali ni kami memilih trail di Bukit Botak, Menggatal. Trail ni sesuai kepada yang baru nak belajar hiking a.k.a beginner kerana bukit yang tak terlalu tinggi dan curam. Perjalanan naik ke bukit ni pun tak memerlukan masa yang terlalu lama.

Sebenarnya kami memulakan pendakian dah lewat. Jam 7AM baru nak start gara-gara terlewat bangun punya pasal. Apa-apapun... niat mesti diteruskan.

Maaf sebab tak ada amik gambar masa mula-mula naik. Di sebelah bawah keadaan tanah kuning. Kena pakai kasut yang sesuai supaya tak tergelincir. Oh ya! Kalau terlupa bawa air... ada gerai yang menjual air minuman di area starting point.

P/S - Kalau hujung minggu ramai orang mendaki Bukit Botak. 

Masa ni dah nak sampai ke atas. Dalam 7-8 minit lagi mendaki. Rasa macam lukisan pula gambar ni kan.

Akhirnya sampai ke puncak ^^

Boleh nampak teluk Sepangar



Yeah! Berjaya menawan Bukit Botak. Lepas ni akan cari trail lain pula. ♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!