Jumaat, 2 Februari 2018

Amateur Shot - Super Blue Blood Moon

31 Januari 2018... sekali lagi berlaku fenomena gerhana bulan + bloodmoon + bluemoon yang sangat rare. Sebelum ni pernah berlaku pada 13 Mac 1866 iaitu pada 152 tahun yang lalu! Sangat bertuah dapat tengok fenomena sebegini di dalam hidup. Mungkin hanya sekali seumur hidup. Siap tahu. 😍
Oleh kerana ada kamera smartphone sahaja... jadi gambar pun nampak tak memberangsangkan sangat. Apa-apapun, still nak kongsi jugalah. 

Malam tu berlaku supermoon. Bulan nampak sangat besar daripada biasa (Actually 30% lebih besar dari saiz biasa kerana masa tu bulan berada dekat dengan Bumi). Mungkin view dari Malaysia tak nampak besar sangat banding view dari negara lain seperti Syria, USA, dan London yang memang OMG punyalah besar bulan tu. 

Masa ni dah nampak gerhana. Tak pasti orang lain perasan atau tak... tapi buat masa 31 Januari tu... ada petir dan guruh tapi tak hujan. Tak tau la ada kaitan atau tak. Lepas tu perangai kucing pun lain macam sikit dari biasa. Orang kata kalau bulan penuh, perangai atau emosi beza sikit. Ntah la.

Ini adalah kali kedua saya dapat melihat fenomena blood moon. Memang cantik apabila bulan bertukar menjadi warna merah. 

Ni view yang tak zoom. Sebenarnya jauh. Nak guna teleskop pun... al maklumlah teleskop punya kualiti tak berapa memenuhi kehendak. Lost masa mencari bulan. Hahaha.

-
-
-
-
-
Anyway... masa 1 Februari 2018 pun... bila tengok bulan pun macam nampak besar juga. Tapi mungkin tak sebesar pada 31 Januari 2018. Kali ni saya dapat shoot bulan through my telescope. 

Unfilter. Original image

Yang ni dah bagi sharp dan contrast.
-
-
-
-
-
-
FYI

2 ulasan:

Terima kasih!