Jumaat, 19 Januari 2018

Tiada Apa-Apa

Maksudnya kalau tak apa ni memang cerita kosong sahaja la. Actually kelmarin baru submit tentative title of my thesis. Ntah okay atau tak, tunggu respon from my supervisor. Tahun ni yang paling banyak plan... tahun ni la juga kena buat thesis. Hadoii! Haaa... ni la. Nak sangat belajar kan. Tapi macam tu la kalau kerja sambil belajar. Beza dengan fulltime student. Tiba-tiba rindu pula zaman belajar dulu. Beli makanan di tepi jalan, yang sedap-sedap  belaka. Terasa nak makan lagi mi goreng kerang uncle tu. Memang terbaik ♡_♡.

Tahun ni ada beberapa wishlist yang saya harap dapat tunaikan. Senang ceta... KPI la tu. Paling utama... nak travel at least ke tiga buah negara. Second, GOT. Third... Nak beli beg yang dah lama saya idamkan (either Bu****** atau T***). Kena * dulu sebab  tak dapat lagi beg tu. Hehe.

Oleh kerana minggu depan dah nak travel, so kena prepare semuanya dengan baik. Passport... okay. Beg, tak tau nak bawa beg yang mana satu tapi dah buat perbandingan la. Tukar duit... hujung minggu ni la pergi tukar. Selalu tukar di Wisma Merdeka tu sebab dapat rate bagus sikiy banding tempat lain. Sekarang duit Malaysia dah naik sikit. USD1 = RM3.96 macam tu la semalam saya tengok. Tahun 2017 paling sengsara... USD1 = RM4.80. Memang tension juga la kalau nak pergi travel.

Rasanya cuaca masih sejuk kat sana. Kawan saya ada dua orang yang pergi tempat sama. Dua-dua kata sejuk. Kena pakai baju tebal. Masa awal tahun tu... lebih kurang 6°C. Lepas tu bila cek dalam minggu ni... lebih kurang 19°C dah. Tapi still sejuk sebab angin. Minggu depan dah naik sikit kot. Harap-harap la... cuaca just nice. Sekali sekala bawa staf pergi jalan.

Okaylah. Pagi nak kena bangun awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!