Ahad, 7 Januari 2018

Santai di Batu Manikar, Labuan

Antara tempat best untuk riadah atau santai petang di Labuan adalah di Batu Manikar. Sekarang tempat ni dah cantik berbanding dahulu. ♡ Keadaan sekitar juga sentiasa bersih.

Batu Manikar dah ada pondok untuk bersantai sambil menikmati udara segar dan dapat makan makanan yang enak. Selain itu, pemandangan sunset di sini juga sangat cantik. Tempat ni terbuka kepada awam dan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk.

Tempat ni juga sesuai untuk berkelah atau buat aktiviti family day. Kalau nak berenang di pantai pun boleh jugak. Tapi saya lebih suka santai tengok laut sambil makan goreng pisang yang ada dijual di sini.

W.P Labuan mempunyai pemandangan tepi pantai yang cantik dan menenangkan. Kalau saya ke Labuan, saya suka menghabiskan masa di tepi pantai. Oleh kerana rumah di kampung pun dekat dengan pantai, jadi senang saya nak buat aktiviti seperti meniram (ketuk tiram), cari siput atau memancing.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!