Rabu, 24 Januari 2018

Review : National Geographic Sling Bag NG4475

Oleh kerana saya selalu menghadapi masalah membawa barang yang banyak ke tempat kerja seperti headphone, air mineral dan buku yang mana selalu tak buat dalam beg, akhirnya saya pun belilah beg yang lain. Sebelum ni saya menggunakan beg sling. Jadi beg yang baru ni pun nak beg sling juga. 

Sebenarnya dah lama berminat dengan beg National Geographic (NG). Ada banyak jenis koleksi beg NG, tetapi saya tertarik dengan beg sling yang ni. Model yang saya beli adalah NG4475 Sac Sling dari koleksi The Earth Explorer. Kebanyakan beg NG sebenarnya adalah photo bag. Tapi kalau nak simpan benda lain pun boleh jugak. 

Beg ni ada dua compartment. Nampak macam kecil tapi sebenarnya ruang dalam begitu luas. 

Beg ini menggunakan fabric sac (macam kain guni). 

Di dalam compartment beg ni, taaadaaa! Ada imej peta. ♡♡
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Okay. Jom tengok keluasan ruang beg ni.
Ini adalah wristlet dan pouch mekap saya. Let see boleh muat atau tak dalam satu compartment. Saya cuba ruang di sebelah atas dahulu.

1. Mula-mula saya masukkan pouch mekap. 

2. Lepas tu saya masukkan wristlet. Still ada ruang lagi. Kalau nak masukkan smartphone pun boleh lagi.

Yang ni compartment sebelah bawah. Boleh masukkan pelbagai benda. Tisu, powerbank, charger, ubat etc.

Nak masukkan botol air minuman pun boleh juga.

Selain itu, belakang beg ni juga ada ruang lagi. Nak simpan buku nota, smartphone dan lain-lain barangan pun boleh juga. By the way, saya try juga masukkan tablet saya tapi tak berjaya kerana saiz tablet ialah 10 inci. Terlalu besar. Kalau saiz yang kecil sikit such as 7 inci... okay kot.

So this is it. Beg NG yang ni dijual dalam satu kaler sahaja.

Beg ni juga dilengkapi dengan guide book.


Dan ruang untuk menyimpan lens kamera.