Jumaat, 12 Januari 2018

Pentingnya Buat Jadual (Itinerary) Perjalanan

Sebelum berangkat ke destinasi, sebaiknya anda perlu ready itinerary perjalanan juga. Mungkin nampak seperti hal remeh, tapi sebenarnya penyediaan jadual perjalanan amat penting. Kenapa?


1. RUJUKAN KEPADA AHLI KUMPULAN
Kalau travel dalam berkumpulan, perlu ada seorang yang akan mengetuai rombongan agar segala urusan dapat dijalankan dengan baik. Antara tugas ketua rombongan adalah menyediakan itinerary supaya ahli-ahli yang lain mendapat gambaran berkenaan perjalanan itu nanti. Sebaiknya itinerary perlu dibincangkan dan mendapatkan persetujuan daripada ahli terlebih dahulu.



2. BOLEH KIRA BAJET
Selain itu, jadual perjalanan boleh digunakan untuk calculate bajet yang akan diperlukan semasa travel nanti. Contohnya kalau dalam itinerary ada sebut nak ke Disneyland... jadi kita dah boleh ready wang untuk beli tiket masuk ke Disneyland (RM300+) dan kira sekali harga makanan (lebih kurang RM150) di dalam tu.   



3. TAK BUANG MASA
Sekiranya kita menyediakan jadual perjalanan, tak perlu nak fikir lagi nak ke mana bila dah sampai ke destinasi. Oleh itu, kalau nak buat itinerary, details seperti di mana nak amik public transport, masa perjalanan ke tempat ditujui. jarak hotel dengan tempat makan etc perlu ditambah di dalam jadual. 



4. PERJALANAN LEBIH TERSUSUN
Boleh disimpulkan disini, jadual perjalanan dapat menjadikan perjalanan anda lebih teratur. Dengan mengetahui arah destinasi, anda boleh agak pakaian apa yang sesuai dipakai, barang apa yang perlu dibawa dan nak bawa saiz beg besar mana, according to tempoh perjalanan anda. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!