Selasa, 9 Januari 2018

Kesimpulan Sebelum Tidur...

Walaupun saya andaikan masih di tahap beginner untuk aktiviti hiking / trekking ni... tapi dah banyak tempat yang saya pergi. Danum Valley, Maliau Basin, Magandai, Bukit Lambir, Tanjung Kubong, Lombong Mamut dan ada beberapa tempat lagi. Harap lepas ni boleh ke tempat lain pula.

Actually saya ada Google tempat hiking di Hong Kong. Variety of places dan kesemuanya nampak menarik. Mungkin suatu hari nanti saya nak ke Hong Kong lagi khas untuk hiking sahaja. Sebelum tu kena cari kawan yang satu kepala dulu. Sambil travel sambil hiking. Yay! Bukan sahaja HK, tapi ada banyak lagi tempat lain yang mempunyai view yang wonderful. Indonesia, Australia etc. Tak kurang juga di Sabah sendiri yang terkenal dengan Gunung Kinabalu. Ntah bila nak naik gunung. Belum rezeki kali ni kot. InShaaAllah next time mesti kena naik jugak.

Maybe minggu ni akan hiking di Tuaran. Tak pun area Bukit Padang pun jadilah. By the way, cita-cita saya tahun ni adalah... heheh... turun Labuan. Then dari terminal feri jalan kaki ke Tanjung Kubong sampai kampung. According to Google Maps... almost 3 hours kalau berjalan kaki. Rasanya boleh tercapaikah cita-cita ini. Seperti yang saya bagitau tadi... kena ada kawan yang satu kepala. Kalau tak... tak best jalan sorang.

Honestly... memang muka saya dah gelap sekarang ni. Asyik jalan kena matahari. Cuma sekarang dah lama tak turun memancing. Kalau tak... haiyooo... masak kulit jadinya. Ni la kalau time cuti semester... ada free time, kaki rasa nak berjalan sahaja. Tapi bukan jalan di shopping complex la. Maksud saya beriadah macam yang saya bagitau tadi.

Okay. Dah jam 2AM. Nanti sambung ceta lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!