Isnin, 8 Januari 2018

Hiking : Trail Tanjung Kubong , W.P Labuan

Baru-baru ni pergi ke W.P Labuan a.k.a Victoria Island sebab ada kenduri. Tapi sebenarnya saat yang paling saya nantikan adalah hiking time. Actually dulu masa kecil, kadang-kadang lalu sebelah sana juga kalau nak ke pantai. Tapi dah tak ingat sangat sebab dah lama dulu (dan bukan laluan paling dekat nak ke pantai). 

Oleh kerana trail tu dekat ngan rumah di kampung, jadi kami jalan kaki sahaja untuk sampai ke area chimney. Perjalanan dimulakan pada jam 0615AM sebab nak tengok sunrise dan pemandangan yang cantik + tak panas sangat.

Sebelum chimney, perlu belok ke kiri (Simpang masuk nak tengok terowong). Start berdekatan Rumah Kuarters Taman Burung, kiranya sana starting point. 

Trail di sini tak susah sangat. Sesuai untuk santai atau beginner. Kalau lepas hujan... ada jalan yang agak muddy. Lepas tu bila dah sampai ke area pasir, dah okay. 


My favorite view. Yang macam rumah tu adalah Gedung Ubat. Sebenarnya ianya merupakan tempat simpanan senjata masa zaman perang dulu. Tempat ni pernah terbakar, sebab tu ada kayu yang nampak hangus.

View Gedung Ubat dari hadapan.

Tengok dengan lebih dekat. Dulu pernah lalu sini masa nak ke pantai. Rindu view ni masa zaman budak-budak dulu. Tapi seram juga. Hehe.

Tak jauh dari Gedung Ubat boleh nampak view pantai. Masa ni air tengah surut. Boleh nampak batu-batu.

Sambil berjalan, sambil tengok keadaan sekeliling. Boleh nampak panorama yang cantik. 


Sempat juga amik gambar. Sebenarnya bateri telefon saya dah nak habis masa ni. Jadi tak dapat nak amik gambar kawasan laluan yang lain. By the way, after lalu Gedung Ubat... boleh pilih trail kiri atau kanan. Kiri akan lalu bukit. Lebih mencabar. (Not recommended kalau lepas hujan sebab muddy teruk + orang lalu motorcross). Trail kanan akan lalu pantai. Boleh view pantai yang cantik dan lebih santai.

Sebelum menuju kembali ke Chimney, kalau nak singgah tengok Pusara Peringatan British pun boleh juga (actually adalah batu nisan). 

P/S - Sebenarnya ada banyak kesan peninggalan sejarah di W.P Labuan. Pernah dikenali sebagai Victoria Island dan Maida Island (zaman Jepun). Trail tempat kami lalu ni pun... according to my aunty, dulu siapa ada serpihan railway lagi. Maybe untuk orang angkat arang batu. Tapi railway tu dah tak ada. Di tepi pantai tu pula ada sauh lama. Tu pun sama juga dah tak ada. Khabarnya dulu ada orang pergi ambil jual ke besi buruk. 

Chimney... according to my late grandpa, sebelum ni ada beberapa chimney tapi kebanyakannya dah runtuh. Tinggal satu sahaja. Chimney ni kononnya digunakan tempat membakar arang batu. Oleh kerana arang batu susah nak padam, jadi kena hati-hati masa berjalan. Kadang-kadang ada arang yang kena timbus pasir, bila jalan kaki termasuk dalam.

Dulu my grandpa punya house betul-betul sebelah chimney tu. So masa saya kecil dulu selalu main kat area sana. Chimney dulu tak seperti sekarang. Sebelum kena repair, masih nampak besi chimney yang rosak. All original bricks. Tanam tembikai tepi tepi chimney. Jolok buah mangga muda dan main lepaskan plastik dari bawah chimney. Lepas tu boleh nampak plastik tu terbang ke atas sampai ke luar chimney. 

...I miss old memories....

Kesimpulannya, protect our nature. Don't destroy history. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!