Isnin, 22 Januari 2018

Ciri-Ciri Boss yang Teruk

Pernahkah anda berhadapan dengan boss teruk, annoying, pemalas atau rasa macam.... orang tu punyalah makan gaji buta?! Berdasarkan dari pengalaman dan  luahan hati rakan-rakan... saya nak share attitude yang tak sepatutnya dibuat apabila menjadi boss. Jom kita tengok apa dia. Moga dapat dijadikan manfaat.



1. Anti sosial
Sebagai seorang boss, sifat karisma perlu ada. Ini dah la duduk terperuk dalam bilik dari jam 8AM-5PM... lepas tu blind tingkap pun tutup habis. Bilik tu gelap gelita. Jangankan blind... pintu pun buka sikit sahaja. Nak bercakap dengan staf memang tak ada la. Memang tak boleh blah.


2. Pemalas
Ini lagi tak boleh blah... ntah apa kerja yang dia buat pun kita tak tau. Boss besar suruh buat kerja yang ni... dia pass terus kat kita. Dah la pass macam tu saja, tak ada bagi guideline pula tu. Lepas tu dia boleh sedap keluar awal pergi makan, then masuk office lambat. Buat kerja ala kadar.... hancur company kalau ada boss macam ni.


3. Tak ada rasa bertanggungjawab
Ni macam pemalas juga. Tapi lebih dramatik. Dalam meeting, tak nak catat apa-apa nota. Harapkan orang bawahan catat minit. Apa-apa persiapan program, langsung tak nak ambil tahu. Ada apa-apa surat, tandatangan membuta tuli. Malas nak komen atau tanya apa benda yang dia sign tu. Kena arah ikut outstation... buat muka pula pula. Pendek kata... tak ada rasa sense of belonging kepada organisasi.


4. Nak glemer saja
Dah la tak bertanggungjawab... tapi kalau nak glemer memang nombor satu. Event besar baru nak tunjuk muka. Dalam Facebook... memang dia raja/ratu segalanya. Realitinya... Satu kerja pun tak buat.


5. Terlalu tekan staf
Ni pun lagi la tak best. Disuruh staf buat kerja sampai malam. Hujung minggu pun turun juga. Cuti umum ke... cuti patah kaki ke, staf tak pergi lunch lagi ke.. tak kisah. Yang penting kerja mesti siap. Tak ada rasa kesian. 


6. Mulut puaka
Ya. Boss kena pandai ambil hati staf. Ni dah la suruh orang buat itu ini, lepas tu mulut lagi tak boleh blah. Suara nyaring... menyindir nombor satu. Salah sikit, bukan nak bantu untuk betulkan... malah kena bising ada la. Tambahan pula... dah la suara nyaring... haddoiii!


7. Macam dia saja betul
Orang jenis tak akan mengaku salah. Tak nak terima idea orang lain. Macam dia sahaja yang pandai dalam dunia ni. -_- Staf cakap tu semuanya salah.


Kalau ada lagi attitude yang annoying... boleh isi komen dibawah tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!